CIK BERTIH BERAS

ADA APA DALAM NI?

Hye guys! Aku nye blog ni more kpd story yg ade kt around aku. Sometimes bnde ni pon kene gak kat batang idong sendiri. Hehehe... So, aku rase ok jugak la kn nak share ngan org ramai. Kadg2 sound like stupid, but ape yg aku type dalam blog are normal things. So, pade sape2 yg agak touching ngn aku nih, tolg2 la delete perasaan tuh. Pling bagus, spam trus jela.. Aku harap enjoy la ye.. Huhuhu~ GOTTCHA!!

NIKMAT RAMADHAN DI RUMAH SEWA


Assalamualaikum....

Dah 10 hari kita berpuasa pada tahun ini kerana Allah taála. Senang je nak kira untuk tahun ni, just depends on date kat kalender kuda means 1 Ramadhan = 1 Ogos. So, bagi sape-sape yang 'MC' tu senang la nak kira berapa hari untuk redeem balik kan... hehehe

Opss... first of all aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan 1432 hijrah. Alamak... sangat typical la entry ni. Orang kata cliche. Itu tak penting, sebab kita sambut bulan puasa dan raya aidilfitri setahun sekali je. So, WTH ada orang nak kutuk-kutuk. Ok, never mind!

Memandangkan sem ni adalah final sem aku dan housemate aku berada di UiTM Melaka (insyaAllah), kitorang akan menggunakan peluang sebaik yang mungkin menikmati hari-hari bersama kat rumah sewa ni (ayat tak leh blah). Mane la tau lepas ni semua amek hala tuju sendiri-sendiri. Mesti ada yang amek full time study, part time study, terus kawen. Errkk?? Sape la tu kan. Yang penting bukan aku.

Start dari hari 1st puasa aku tak rasa bosan macam puasa kat hostel tahun lepas. Dulu nak sahur kena beli kat dining. Boleh dikira dengan jari je berapa kali beli kat sana. Yelah, kena embun sebelum imsak boleh buat perut masuk angin. Sekarang tak payah dah. Ada yang rajin masak kat dapur among kitorang ni. So, perasaan kekeluargaan tu wujud dalam rumah. Menu wajib ada mesti sardin, telur dadar, ayamas chrispy, tom yam dan sayur campur. Gempak tak? Sedap kot! Aku suka bangun sahur... ;)

Time berbuka lak mesti masak jugak. Iqa lah penasihat dapur, manakala Wany AJK nye. Sepanjang 10 hari berpuasa ni aku dah try masakan yang best2 macam spaghetti bolognese, udang goreng butter, etc. dan ada yang aku tak pernah makan before this like meehoonke dan ape tah, aku pon tak tau sebab aku tau makan je. Disebabkan aku suka makan, so tak de hal lah nak balun membalun.

Semalam besamaan 9 Ramdhan 1432 hijrah aku, Pia dan Wany ke Alor Gajah semata-mata nak beli pelita dan lampu kelip-kelip. Modal tak besar pon, sepuluh biji ada la dalam RM6.80. Saje je aku pilih yang tin sebab nampak la klasiknye. Minyak tanah pulak baru RM2.50 sebotol, aku beli 2 botol. Lampu lak untong ada yang panjang RM10++ tinggal sekotak. Cepat-cepat kebas terus.

Sampai je rumah, dengan tudung tak bukak lagi aku terus kerjakan pelita-pelita tu (excited sungguh!). Dah biasa tolong abah dulu kat kampung, so tak kekok la pasang benda remeh ni. Cina tu provide sumbu 5 je, padahal ada 10 biji. Takpe, towel good morning banyak gila kat stor. Cut and paste je jadi sumbu buatan. Then isi pulak dengan minyak tanah. Then sangkut kat pagar. 15 minit je dah settle. Malam karang tinggal bakar. Oppss...sekarang baru pukul 1.30 petang. Terlalu awal beb!

Bila petang, around pukul 6.30 kot aku pon turun la susun bali cantik-cantik kat pagar rumah. tetiba aku rasa macam banyak gila mata pandang aku. Aku pon toleh,

"Eh korang pon baru beli pelita ke? Beli kat mana?"
"Beli kat Alor Gajah kak, lepas kelas tadi. Hehehe.."
"Tiru nampak. Haaa... nanti korang sangkut kat pagar blah sini. nanti rumah kitorang terang sikit."
"Ala kak, kita share jela. Akak tak nak beli mercun ke?"
"Kalau bagi free akak nak la.. Hehehe"

Tapi nampak sangat dorang baru beli sebab before dorang gi kelas nampak pelita rumah kitorang dah tersangkot kat pagar. So, rasa tercabar la kot kan. Hahahaha... Huh, ada persaingan cam best lak. Then paling tak leh blah, rasa tak sabar nak berbuka bukan sebab nak makan, tapi tak sabar nak petik api kat sumbu pelita. Still nak lawan gak sape pasang dulu. Tiba waktu malam lak kitorang kena pergi kelas. Yang aku perasan sebelum pergi tu salah satu pelita dah padam. Kena tiup angin kot. Ah, lantaklah. Balik dari kelas pelita tu dah terpasang balik. OK FINE JIRAN SEBELAH BAIK.

Apa yang kitorang nak buat next episode during ramdhan is nak buat kuih buah melaka a.k.a onde-onde then nak bagi kat rumah sebelah dan classmate kitorang di lorong-lorong, ok tak?

Err...melalut sangat dah ni. So, dikesempatan ini nak mengucapkan selamat berpuasa di bulan ramdhan pada tahun ini kerana Allah taála kepada anda semua.

Wassalam....

~TAMMAT~
PEACE YAWW....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...