CIK BERTIH BERAS

ADA APA DALAM NI?

Hye guys! Aku nye blog ni more kpd story yg ade kt around aku. Sometimes bnde ni pon kene gak kat batang idong sendiri. Hehehe... So, aku rase ok jugak la kn nak share ngan org ramai. Kadg2 sound like stupid, but ape yg aku type dalam blog are normal things. So, pade sape2 yg agak touching ngn aku nih, tolg2 la delete perasaan tuh. Pling bagus, spam trus jela.. Aku harap enjoy la ye.. Huhuhu~ GOTTCHA!!

SITUASI DI KTM YANG MENYAMPAHKAN & CLICHE


KTM oh KTM... First time aku naik Keretapi Tanah Melayu kalau tak silap darjah dua kot dengan mak dan Kak Ijah. At that time KTM start dekat Rawang. Selalunya nak ke Klang (rumah Kak Mas) naik kereta je. Tak tau la kenapa mak tiba-tiba nak test naik KTM. Punya la excited, tapi Kak Ijah cakap dalam KTM tak boleh bawak makanan. Ok, aku follow je. Mak aku sengih-sengih pandang aku. "Kenapa mak?", mak letak jari telunjuk kat mulut (paham-paham jela suruh diam). Tak lama lepas tu, ulat bul-bul kuning pon sampai.

Macam orang jakun la kan tatkala melangkah ke dalam ulat tersebut. Mak oii... santeknya.. Hati aku berbisik. Memang pelik lah tengok seat menghadap ikut suka. Mak pun pilih seat untuk dua orang. Kak Ijah pulak pandai-pandai dia la nak duduk mana. Elok je ulat bul-bul bergerak, mak pon tunjuk sesuatu dalam handbag. "Shhhh.... nak kacang tak?" mak separuh berbisik. Aku pon sengih-sengih je sambil tangan terus seluk dalam plastik kacang. Patut la mak macam pelik je dari tadi, ada adegan noty nak buat. Heheheh... so no wonder la aku sekarang pon ada noty-noty sikit. Ikut perangai mak la katakan.



Sampai je dekat KL Sentral, situasi tak macam sekarang siap bertingkat-tingkat. Masa tu dia punya bumbung punyalah tinggi macam bangsal. Dengan panas berbahang. Tapi umat manusia tak berapa ramai la, so aku still rasa ok. Ada la dalam beberapa minit next train pon sampai.

Tapi.....

Situasi sekarang dah jauh berbeza. Orang banyak gila suka sesak menyesak kat KL Sentral. Aku pon jadi tak paham. Ehehehe... Padahal tu one of the centre kat KL untuk ke another line. Macam la tak tau, mengada-ngada. Ramai orang tu biasalah, kebanyakan manusia-manusia pergi kerja naik kenderaan awam untuk selamatkan nyawa alam sekitar dan syiling minyak yang makin melambung harganya. Tapi schedule KTM pulak makin lama makin hampeh. Sorry to say la kan, setiap kali aku balik dari MJSC, matrix and UiTM mesti KTM bikin hati aku panas je. Kadang-kadang kena tunggu 40 minit. Eh, gila ke apa? Timing asyik slow motion je. Tapi nak buat macam mana kan, itu je yang ada kalau tiket bas ke KL habis. Kalau disuruh naik bas lompat-lompat, alamat memang kering la poket.


Ok, stop talking bout timing. Sekarang nak cerita service baru pulak. Since 2 last year kot dah ada Ladies Coach. Peerrgghh... Masa tu aku dari KTM Klang nak ke Serdang jumpa sahabat. Ecewahh... Agak kagum la di situ bila Gadis KTM buat announcement pasal koc wanita tu, 

"Koc di tengah adalah dikhaskan untuk wanita sahaja. Sekiranya ada penumpang lelaki, sila bergerak ke koc lain. Harap maklum, terima kasih."


Fulamak... Bukan main lagi eh. Siap ada kedudukan istimewa untuk kaum hawa di hati KTM. Thumps up lah macam ni (just for this part only). Dengan bangganya aku melangkah masuk dan... agak banyak jugak la tempat duduk eventhough 1 koc je. Kira ok la kan, bersyukur ada specialist for ladies. Tak ada la rasa macam terancam je kan bila ada dua gender dalam 1 koc. So, aku nak tidur gaya kura-kura pon boleh sangat. Dalam waktu tu, aku terimbau masa silam aku bersama KTM. Macam-macam ragam aku nampak, ada yang mengawan lah, yang pandang gatal lah, tidur tak ingat dunia lah, pendek kata sangat tak selesa! Owh, don't forget bout saluk-saluk saku ni. Almaklum jela, negara kita ni kan 'BESAR' so, ramai PATI dan tak berapa nak PATI berkampung kat Malaysia.


KENAPA KTM MENYEDIAKAN LADIES COACH
1) Kaum wanita kan lemah
2) Bagi yang mengandung senang nak dapatkan empty seat
3) Untuk orang yang "asal bertolak je tidur" macam aku tak ada la segan-segan bila tersengguk macam hareeemm
4) Tak ada lagi masalah kes 'touch N go' melainkan girls yang offer diri
5) To decrease masalah seluk saku


Sepanjang aku menjadi pelanggan tetap yang menggunakan ladies coach, mesti ada insiden-insiden yang buat aku berang. Antaranya;


KES 1
Macam biasa aku duduk di seat paling tepi dengan alasan kepala boleh sandar kat dinding untuk bertafakur. Tiba-tiba ada sepasang kekasih buat kepala. Nak kata mamat ni macho, muka macam baragas. Awex dia pulak, alahai.... memang sesuai la dengan laki dia tu. At the first, aku nak tegur tapi ada seorang aunty ni dah sound setepek dulu.


Aunty: You need to go to the other side.
Si Jantan: Relax la... Law kat Malaysia ni bukan makcik yang buat.
Aunty: Mana mata kamu? Buta ke? Tak nampak steaker pink ni? ke kamu dah tukar jantina?


Merah padam muka mamat tu tahan marah. Si awex tahan malu beb sambil tarik-tarik tangan laki dia sebab semua para-para wanita mata mencerlung ke tengah-tengah coach. Si mamat terus genggam tangan awex dia sambil berkata "Kita relax je kat sini Baby. Kita tengok apa makcik ni nak buat. Ala kita buat kepala je kat sini", berderau darah aku bila tengok mamat ni. Then aunty tu pon keluarkan phone. Tak tau lah dia call siapa. Beberapa minit kemudian abang KTM pon datang. Terus cabut kedua-dua baragas tersebut. Maybe aunty tu orang yang prihatin, dan dia lah yang call staff KTM. siapa tahu?


KES 2
Two next station. Ting Tong... Seputih. Pintu terbuka, maka ramailah umat yang masuk ke dalam. Kali ni Chinese Boys Group. Memekak gila! Ada baby boy depan aku ni terus terjaga dari tidur. Merengek-rengek sebab terkrjut kot. Hangin aku pon membuak-buak. Alamak, aunty tadi dah turun kat Salak Selatan pulak. Aku still teragak-agak nak tegur ke tak. Then, abang KTM tadi datang lagi.


KTM man: Boys, you all kena pergi coach sebelah.
Boy A: Kami nak pergi Mid-Valley maa... Depan itu saje. Tak kan tak boleh.
KTM man: Ini Koc wanita. Tak nampak tu? Ada 5 bahasa tau. Malay, Arab, Cina, India, English.
Boy B: Oh, sorry meyh...


Kes ni beradap sikit. Lepas kena tegur ada reti jugak nak blah. Tapi tak tau lah, ade jugak bunyi mulut bising tah mencarut apa. Itu yang kita tak tahu.


KES 3
Aku masih di seat yang sama menuju ke Rawang. Tiba di Kepong, aku terjaga dan terkejut! Ada seorang Bangla duduk depan aku dengan keadaan kaki terkangkang luas gila! Amoi yang duduk sebelah dia terpaksa menyempitkan kaki sebab lutut Mat Bangla ni dah overdose. Rasa menyesal gila aku bukak mata. Muka dia slumber dog je tak bagi akak pregnant tu duduk. Memandangkan aku dah duduk+tidur ayam 3 jam dalam KTM dari Seremban, aku pon bangun dan bagi akak tu duduk. Yes! Kebetulan pulak another KTM man masuk coach tu nak cek tiket. Terus lintang pukang Bangla tu blah. Hahahah.... Kantoi sudah.


Stop la setakat ni. Dah panjang sangat aku membebel.


PEACE YAWW!!
~TAMMAT~

SELAMAT HARI BAPA


Assalamualaikum...

HAPPY FATHER'S DAY TO MY DAD!! Ila sayang abah sangat-sangat. Itu tak bermakna aku sayang abah masa hari keramat ni sahaja. Ok, as we know every year punya sambutan Hari Bapa tarikh tak sama. Setiap negara ikut suka je bila nak celebrate, janji bulan 6. So, Malaysia pulak celebrate semalam (19th June 2011, Ahad). Aku berharap sangat hari Isnin cuti if kerajaan anggap Hari Bapa sebagai cuti am. Jangan berangan plishhh~ ia tak akan berlaku!

Neway, aku dah call abah malam tadi. Sound memang la like eeii... lambatnya wish. Alah nama pon still student, then foket money pon tak berapa nak ramai. So, topup telefon bimbit aku berlaku sebulan 2 kali je. The conclusion is, aku baru topup malam tadi. Sangat jimat kan? Well, aku guna untuk benda-benda penting je. Nak texting as 'saja-saja' dah tak rajin macam zaman aku sekolah kat MRSM tu. Eh, ni dah jauh merewang. Ok, aku wish abah time aku dinner dengan member housemate kat Restoran Borhan. Yela tunggu makanan tak sampai-sampai lagi. Ohhooww... Abah still pakai lagi CRT yang aku belikan tu (tapi guna credit abah) hehehe... Berikut ialah perbualan anak-beranak.

aku: Hello, assalamualaikum...

abah: Hello, waalaikumussalam... Ila sehat?

aku: Sehat, alahamdulillah.. Abah dengan mak?

abah: Sehat je... Terima kasih ucap untuk abah.

aku: Ila tak cakap lagi pon. Laju betul abah ni.

abah: Ala, abah tau Ila nak cakap apa. Memang abah nak cepat ni.

aku: Selamat Hari Abah. Ila sayang abah tau. Abah nak gi mana?

abah: Terima kasih lagi. Abah nak gi surau ni. Nak cakap dengan mak ke? Tapi mak tidur.

aku: Takpelah. Abah kirim assalam je kat mak ye. Assalamulaikum.

abah: Walaikumussalam. Jaga diri elok-elok.

aku: Oraite daddy... ;)
Abah bersongkok (paling hensem)

Yes, aku memang manja dengan abah. Seumur hidup abah tak pernah pukul aku pon, tapi pernah cubit peha. Hahahaha.... sebab panjat dan gayut dekat ampaian baju sampai dawai putus. So, my 8 seniors semua tak puas hati. Dulu masa diorang kecik-kecik abah sangat garang. Buat salah sikit memang kena. Salah tajwid masa ngaji kaki wajib kena libas dengan tasbih. Bila time aku ngaji dengan abah sekali pon tak pernah kena. Tapi bila abah suruh ulang tajwid yang salah banyak kali mata aku akan bergenang. Rasa-rasa betul la aku baca tu, tapi still salah dekat telinga abah. Since hari tu, bila mak 'cuti' je, aku pon nak cuti ngaji. Tapi solat berjemaah tak cuti. Mula la buat-buat tertidur awal lepas maghrib. Tak pon lepas solat maghrib berjemaah, "Abah, Ila lapar sangat. Sampai tak larat nak ngaji. Ila nak makan dulu boleh?" abah senyum dan angguk je. Yahooo!! I repeat.. yahoo!! Aku pon makan sampai dengar beduk masuk waktu isyak. Sebab apa? Sebab abah akan ke surau berjemaah dengan orang surau pulak.


Even jarak umur aku dan adik-beradik yang lain agak jauh jugak la. Abang atas aku beza lima tahun. Then kakak atas abang beza 7 tahun, so yang atas-atas lagi jauh la gamaknya. Bila diorang besar, aku kecik lagi. Tinggal kat rumah bertiga jela (aku, abah, dan mak) lepas abang masuk asrama. Kasih sayang abah memang direct kat aku. Masa aku darjah 1, aku ada anak buah yang lagi tua dua tahun dari aku. Senang cerita dia darjah 3 dan abang aku darjah 6. Setiap kali nak pergi sekolah diorang kena mandi dulu sebelum aku bangun. Alasan? Yela, tak kan la nak mandi sama-sama pulak kan. After diorang mandi, abah akan gerak aku untuk mandi. Mak oi... susahnya mata nak bukak. Then abah dukung aku kat belakang. See, manja kan? Hal ni berlarutan sampai aku darjah 3. Mak tak boleh nak gerak sebab mak pergi kerja pukul 6:30 pagi. Jadi, abah lah yang jaga hal kat rumah.


Disebabkan abah peneroka FELDA, ikut suka je nak pergi kebun pukul berapa. Seronok tau ikut abah pergi kebun. Umur empat tahun abah dah bawak aku ke kebun. Aku tak kesah sorang-sorang, janji dapat main pacat. Sebelum gerak dari rumah abah sembur BAYGON kat kaki. Untuk apa, nanti aku story. Tiba je kat sana abah bentang guni dekat tepi lorong (tak reti nak explain. Siapa pernah ke kebun sawit tau la kot) untuk aku duduk dan main pacat, DING DANG & TORA  sebelum abah mengait dan membaja. Aktiviti lain yang aku buat ialah cabut anak benih. Bila tarik akar pon keluar. Kalau bernasib baik, keluar la sekali biji benih tu. Kalau tak, terpaksa la korek tanah. Ok, biji ni aku pecahkan dengan batu. Dalam dia ada isi warna putih dan boleh makan. Nak sedap lagi kena bakar. Tapi aku tak makan, aku kumpul banyak-banyak dan bawak balik. Bila petang, aku pergi rumah member lorong dan ajak bakar sama-sama. Seronok!! Diorang tak boleh buat sebab diorang semua sekolah. Kira, aku la paling kecil dan kiut.


Lunch time!! Abah masak nasi je. Mak yang masak lauk sebelum pergi kerja. Balik dari kebun abah masak nasi tu mesti air lebih sikit. Agak-agak dah mendidih, abah kaut air tu sikit. Nama air tu air kanji dan nak sedap tambah gula secukup lazat. Abah cakap elok untuk budak baik macam aku. Hehehe... Cuba mintak lagi sekarang, mesti abah cakap "Kan dah besar, buat la sendiri," sengih je mampu ku lakukan. Abah korang ada buat? Tak de kan? Maybe abah korang lebih ber'dana' dan mampu belikan apa-apa yang mewah kot. Tapi aku tetap nak kata abah MUNJIAT paling power untuk MUNJIATRIAN.


Bila umur dah menjangkau 71 tahun ni, alhamdulillah abah tak de penyakit kronik. Setakat demam-demam manja tu ada la. Bila anak-anak balik sehat. Aku harap Allah swt panjangkanlah umur beliau hendakNya. Masih gagah lagi ke kebun. Tekanan darah tinggi pun makin berkurang. Dengan doa dan harapan, abah akan jadi wali aku bila aku bersedia mahu berumahtangga dan sempat dukung cucu bongsu hasilan aku. Waahhh.... Jauhnya aku berangan. Siapa la gerangan bakal suami aku tu ye? Ahhh.... malas nak fikir. Apa-apa pun aku sayang abah dunia akhirat.


TAMMAT KISAH ABAH DAN ANAK BONGSUNYA
PEACE YAWW~ ;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...