HAPPY FATHER'S DAY TO MY DAD!! Ila sayang abah sangat-sangat. Itu tak bermakna aku sayang abah masa hari keramat ni sahaja. Ok, as we know every year punya sambutan Hari Bapa tarikh tak sama. Setiap negara ikut suka je bila nak celebrate, janji bulan 6. So, Malaysia pulak celebrate semalam (19th June 2011, Ahad). Aku berharap sangat hari Isnin cuti if kerajaan anggap Hari Bapa sebagai cuti am. Jangan berangan plishhh~ ia tak akan berlaku!
Neway, aku dah call abah malam tadi. Sound memang la like eeii... lambatnya wish. Alah nama pon still student, then foket money pon tak berapa nak ramai. So, topup telefon bimbit aku berlaku sebulan 2 kali je. The conclusion is, aku baru topup malam tadi. Sangat jimat kan? Well, aku guna untuk benda-benda penting je. Nak texting as 'saja-saja' dah tak rajin macam zaman aku sekolah kat MRSM tu. Eh, ni dah jauh merewang. Ok, aku wish abah time aku dinner dengan member housemate kat Restoran Borhan. Yela tunggu makanan tak sampai-sampai lagi. Ohhooww... Abah still pakai lagi CRT yang aku belikan tu (tapi guna credit abah) hehehe... Berikut ialah perbualan anak-beranak.
aku: Hello, assalamualaikum...
abah: Hello, waalaikumussalam... Ila sehat?
aku: Sehat, alahamdulillah.. Abah dengan mak?
abah: Sehat je... Terima kasih ucap untuk abah.
aku: Ila tak cakap lagi pon. Laju betul abah ni.
abah: Ala, abah tau Ila nak cakap apa. Memang abah nak cepat ni.
aku: Selamat Hari Abah. Ila sayang abah tau. Abah nak gi mana?
abah: Terima kasih lagi. Abah nak gi surau ni. Nak cakap dengan mak ke? Tapi mak tidur.
aku: Takpelah. Abah kirim assalam je kat mak ye. Assalamulaikum.
abah: Walaikumussalam. Jaga diri elok-elok.
aku: Oraite daddy... ;)
Yes, aku memang manja dengan abah. Seumur hidup abah tak pernah pukul aku pon, tapi pernah cubit peha. Hahahaha.... sebab panjat dan gayut dekat ampaian baju sampai dawai putus. So, my 8 seniors semua tak puas hati. Dulu masa diorang kecik-kecik abah sangat garang. Buat salah sikit memang kena. Salah tajwid masa ngaji kaki wajib kena libas dengan tasbih. Bila time aku ngaji dengan abah sekali pon tak pernah kena. Tapi bila abah suruh ulang tajwid yang salah banyak kali mata aku akan bergenang. Rasa-rasa betul la aku baca tu, tapi still salah dekat telinga abah. Since hari tu, bila mak 'cuti' je, aku pon nak cuti ngaji. Tapi solat berjemaah tak cuti. Mula la buat-buat tertidur awal lepas maghrib. Tak pon lepas solat maghrib berjemaah, "Abah, Ila lapar sangat. Sampai tak larat nak ngaji. Ila nak makan dulu boleh?" abah senyum dan angguk je. Yahooo!! I repeat.. yahoo!! Aku pon makan sampai dengar beduk masuk waktu isyak. Sebab apa? Sebab abah akan ke surau berjemaah dengan orang surau pulak.
Even jarak umur aku dan adik-beradik yang lain agak jauh jugak la. Abang atas aku beza lima tahun. Then kakak atas abang beza 7 tahun, so yang atas-atas lagi jauh la gamaknya. Bila diorang besar, aku kecik lagi. Tinggal kat rumah bertiga jela (aku, abah, dan mak) lepas abang masuk asrama. Kasih sayang abah memang direct kat aku. Masa aku darjah 1, aku ada anak buah yang lagi tua dua tahun dari aku. Senang cerita dia darjah 3 dan abang aku darjah 6. Setiap kali nak pergi sekolah diorang kena mandi dulu sebelum aku bangun. Alasan? Yela, tak kan la nak mandi sama-sama pulak kan. After diorang mandi, abah akan gerak aku untuk mandi. Mak oi... susahnya mata nak bukak. Then abah dukung aku kat belakang. See, manja kan? Hal ni berlarutan sampai aku darjah 3. Mak tak boleh nak gerak sebab mak pergi kerja pukul 6:30 pagi. Jadi, abah lah yang jaga hal kat rumah.
Disebabkan abah peneroka FELDA, ikut suka je nak pergi kebun pukul berapa. Seronok tau ikut abah pergi kebun. Umur empat tahun abah dah bawak aku ke kebun. Aku tak kesah sorang-sorang, janji dapat main pacat. Sebelum gerak dari rumah abah sembur BAYGON kat kaki. Untuk apa, nanti aku story. Tiba je kat sana abah bentang guni dekat tepi lorong (tak reti nak explain. Siapa pernah ke kebun sawit tau la kot) untuk aku duduk dan main pacat, DING DANG & TORA sebelum abah mengait dan membaja. Aktiviti lain yang aku buat ialah cabut anak benih. Bila tarik akar pon keluar. Kalau bernasib baik, keluar la sekali biji benih tu. Kalau tak, terpaksa la korek tanah. Ok, biji ni aku pecahkan dengan batu. Dalam dia ada isi warna putih dan boleh makan. Nak sedap lagi kena bakar. Tapi aku tak makan, aku kumpul banyak-banyak dan bawak balik. Bila petang, aku pergi rumah member lorong dan ajak bakar sama-sama. Seronok!! Diorang tak boleh buat sebab diorang semua sekolah. Kira, aku la paling kecil dan kiut.
Lunch time!! Abah masak nasi je. Mak yang masak lauk sebelum pergi kerja. Balik dari kebun abah masak nasi tu mesti air lebih sikit. Agak-agak dah mendidih, abah kaut air tu sikit. Nama air tu air kanji dan nak sedap tambah gula secukup lazat. Abah cakap elok untuk budak baik macam aku. Hehehe... Cuba mintak lagi sekarang, mesti abah cakap "Kan dah besar, buat la sendiri," sengih je mampu ku lakukan. Abah korang ada buat? Tak de kan? Maybe abah korang lebih ber'dana' dan mampu belikan apa-apa yang mewah kot. Tapi aku tetap nak kata abah MUNJIAT paling power untuk MUNJIATRIAN.
Bila umur dah menjangkau 71 tahun ni, alhamdulillah abah tak de penyakit kronik. Setakat demam-demam manja tu ada la. Bila anak-anak balik sehat. Aku harap Allah swt panjangkanlah umur beliau hendakNya. Masih gagah lagi ke kebun. Tekanan darah tinggi pun makin berkurang. Dengan doa dan harapan, abah akan jadi wali aku bila aku bersedia mahu berumahtangga dan sempat dukung cucu bongsu hasilan aku. Waahhh.... Jauhnya aku berangan. Siapa la gerangan bakal suami aku tu ye? Ahhh.... malas nak fikir. Apa-apa pun aku sayang abah dunia akhirat.
TAMMAT KISAH ABAH DAN ANAK BONGSUNYA
PEACE YAWW~ ;p

0 comments:
Post a Comment