CIK BERTIH BERAS

ADA APA DALAM NI?

Hye guys! Aku nye blog ni more kpd story yg ade kt around aku. Sometimes bnde ni pon kene gak kat batang idong sendiri. Hehehe... So, aku rase ok jugak la kn nak share ngan org ramai. Kadg2 sound like stupid, but ape yg aku type dalam blog are normal things. So, pade sape2 yg agak touching ngn aku nih, tolg2 la delete perasaan tuh. Pling bagus, spam trus jela.. Aku harap enjoy la ye.. Huhuhu~ GOTTCHA!!

PANTANG LARANG ORANG MELAYU (boleh pakai ke?)


Assalamualaikum

lamanya tak masukkan entry. Baru ni la ada masa nak buat even last week mid-term break seminggu without any assignment. Saja nak lapangkan otak. Then now baru ada semangat nak buat sebab time cuti hari tu mak aku tak habis-habis cakap "Mase masak kat dapur jangan nak nyanyi, nanti dapat laki tua." Itu gurauan ke teguran? Aku paham sangat dengan mak aku ni, tak de maknanya dia nak menantu umur veteran (golongan emas) ni. So, dari situ aku terasa nak merungkai sebab musabab orang zaman dulu kreatif betul nak buat pantang larang.

Pantang larang ni dah bertapak kat bumi melayu since our nenek moyang kita. Dorang la yang generate idea pasal pantang memantang ni. Ada aje benda yang nak dihukumkan.

PANTANG 1
Refer pada statement yang mak aku cakap baru-baru ni, aku rasa tak masuk akal langsung. I repeat "Mase masak kat dapur jangan nyanyi, nanti dapat laki tua."

Dulu: time sekolah kalau mak aku cakap, mula la aku terbayang sorang laki tua terhendap-hendap curi tengok aku nyanyi kat dapur. Maybe suara aku sedap kot. Serta-merta radio bergerak switch off sendiri.

Sekarang : aku tak rasa asa orang nak buat cam tu. Ni mesti sebab kalau melalak kat dapur, kita memang tak ingat dunia. Then takut hanget lah ape yang dalam kuali dengan periuk. Bab dapat laki tua tu just nak takut-takutkan je. Sape nak?

PANTANG 2
Ok, yang ni aku baru dengar. Makan jangan guna pisau (makan western food), nanti laki kena culik orang." Eerr...seramnya. But girls u don't cry (ayat Nabil), untuk orang yang dah kawen je kot.

Dulu: Kawan aku cakap time makan guna pisau tu para laki dah nawaitu dalam diri "Gengster siot Minah ni. Kena taram plak karang dengan pisau dia. Baik aku blah carik gadis lain."

Sekarang: Bagi aku sangat bahaya kalau orang melayu makan guna benda-benda tajam ni. Almaklum la kita ni eastern bukan western. Dah biasa pakai tangan, dok gatal lak nak guna pisau. Salah cara, mau terkoyak mulut tu. Kurang hantaran, then jejaka pon dikebas (diculik) orang.

PANTANG 3
"Kalau nampak lipan kena cakap tulang ikan, kalau tak dia gigit", ni dah lama aku dengar. Masa tu nak mandi. Cantik je lipan tu jalan atas kaki aku. Then aku jerit LIPAN!! LIPAN!! Abah tolong!!

Dulu: Dah kena jampi ngan nama tulang ikan la tu. Then dia pon freez automatically. Yeke?

Sekarang: Maybe lipan tu keliru kot sampai pening. Dia tu lipan ke tulang ikan. That why la dia jalan tetiba slow macam sloth.

PANTANG 4
Kali ni berkenaan dengan duit $$$$. Aku bet ngan korang, sape tak pernah kira duit waktu malam? Mak aku cakap "Jangan kira duit waktu malam, nanti rezeki langsung tak dapat".

Dulu: Aku bayangkan malam-malam ada toyol try nak songlap duit yang tengah dikira kat atas lantai. Then dengan muka bangga si kenit ni curi semua duit.

Sekarang: Jangan difikirkan pasal toyolz tu. Orang zaman dulu cakap macam tu sebab dulu mana ada elektrik. Nak diharapkan lampu minyak tanah pun bukan terang mana. So, kalau duit terselit celah-celah lantai kayu pun kita tak nampak kan? Jadi masalah pulak esok siang nak kena audit satu rumah gara-gara kurang sepuluh sen. WTH??

PANTANG 5
Arwah pakcik aku pernah mention "Jangan duduk kat tangga (pintu rumah), nanti tak ade sape pon datang masok minang".

Dulu: Kelam kabut terus masuk rumah. Tak fikir panjang dah. Tak sanggup kalau jadi ANDARTU.

Sekarang: Kan macam kurang sopan je kan duduk kat tangga. Sekiranya gadis tu pakai kain? Haaa... tak terperanjat ke kepada sesiapa yang lalu kat bawah tangga secara sengaja or tak. Setahu aku, orang yang duduk kat tangga ni makcik-makcik yang tengah bergosip, cari kutu, dengan HANTU KAK LIMAH je. Sumpah jejaka tak kan pandang punya lah!

PANTANG 6
Time praktikal dulu aku duduk kat rumah kakak. Gadis solehah kan.... sentiasa dipaksa untuk belajar masak. Ada sekali tu aku salah potong timun. Start potong dari buntutnya. Kakak aku tepuk tangan aku then bilang "Jangan potong dari hujung, nanti kau bersalin songsang," Guulpp!

Dulu: Mesti soul timun tu dah sebati ngan jiwa si pemotong. Then Encik Timun tu nak balas balik sebab aku potong dia songsang.

Sekarang: Mana ada soul timun absorb dalam badan. Karut je tu. Kalau potong dari hujung ke pangkal akan jadi senget sikit la. Tak cantik kalau timun besar sebeleh even finally masuk perut jugak. If potong dari pangkal kan lagi senang nak hold benda panjang tu. Itu je sebabnya. Bukan apa pun. Tak payah risau lebih.

PANTANG 7
Memandangkan minggu depan dah puasa, aku ngan housemate pon gi la buat tour jalan-jalan cari makan kat area Melaka. Saje nak abeskan duit. Masa tengah makan kat HOT n ROLL, Iqa suruh aku tukar tempat duduk. Then Pia pon cakap "jangan tukar tempat time makan la, nanti kawin banyak kali"

Dulu: Macam-macam aku bayangkan kalau orang perempuan kawin banyak kali. Eyeewh... gaya macam laku kejap je. Kalau orang lelaki ni lain la, dorang memang kaya dengan sifat tamak. Oppss...

Sekarang: Biasalah tu, alat nak takut-takutkan orang. Sebenarnya takut tersenggol pinggan or cawan kat meja tumpah masa tengah tukar tempat. Dah satu hal pulak nak kemas balik. Kalau kat kedai pulak? Kena tahan malu la ye....
PANTANG 8
Sekolah agama aku dulu kat atas bukit. Sebelah Sebelah sekolah ada dua tasik kecil semulajadi. So, kalau hujan panas kejap mesti ada pelangi. Besar dan cantik sangat. Even selalu nampak, aku la paling jakun tunjuk pelangi tu. Kawan aku cakap "Jangan tunjuk pelangi dengan jari telunjuk, nanti jari kudung".

Dulu: Yelah, aku ikutkan jela cakap dia even dengar pon macam tak logic je. After ward aku tunjuk guna ibu jari. Sopan giler!!

Sekarang: Yang ni sampai sekarang aku tak tahu ape kes tak boleh guna jari telunjuk. Aku pon tak sure aku kena game dengan dia or what. Lagi pun sekarang dah lama aku tak nampak pelangi. So, aku belum pernah dengar dekat berita kes 'JARI KUDNG DISEBABKAN TUNJUK PELANGI'.

Bila fikir-fikir balik, orang zaman dulu buat pantang larang ni semua sebab nak jaga behave cucu cicit dia. Biasa lah manusia ni, lagi dilarang lagi dibuat. Ada pulak aku dengar orang kata bagi je buat contohnya;

Si ibu melarang anaknya main air

"Jangan la main air, karang basah satu rumah. Membazir jelah korang ni,"

memang confirm anak-anak dia puat tak peduli je.

Yang ni pulak kalau si ibu perli

"Hah, main la air tu. Biar basah satu rumah. Korang memang suka kan nak bersihkan balik??"

Dengan selamba dorang pon stop dan blah. Sebab kena perli baik punya.

So, inisiatif lain untuk melarang dengan mencipta pantang-pantang yang macam ni. Sebenarnya banyak lagi. Cukup la sekadar yang mampu. Aku pon dah ngantok sangat. Esok ada kelas pagi. So, akhir kata dari aku bersyukur lah korang sebab nenek moyang kita dah provide cara penjagaan adab dan behave kita sebenarnya, demi masa depan kita jugak.

TAMMAT
~PEACE YAWW~

SINGLE TAK MENGAPA.. KERANA?


Haishh...semalam small damaged kat TBS, then rushing to HUKM. Kaki bengkak je, tak patah even terlenyek bawah tayar kereta. Alhamdulillah kuat. So, aku dapat la MC dua hari which is, hari ni dan esok. Bila semua housemate aku pergi kelas, tinggal la aku sorang-sorang kat rumah. Nak buat apa lagi kalau meluahkan apa yang aku nak share dengan korang. Tak kan la nak baca novel, eyeewhhh...tak kuasa! Apa yang aku nak share kali ni ialah.....


Ramai gadis single yang aku perasan tak enjoy dengan life diorang. Bila umur dah makin meningkat, kerisauan terpancar kat muka masing-masing. Bila risau, tak seri la muka tu. Bila tak seri, macam mana orang nak terpikat. Bila tak dipikat, memang akan ANDARTU la kan? Ok, aku pon single. Hidup aku tak tertekan pon dengan masalah kurang kasih sayang oleh seorang lelaki yang bergelar BOYFIEEE. What the hell?

Apa yang korang perlukan adalah ENJOY. Yes enjoy. Why? Hey bukan enjoy yang bukan-bukan sampai luar tabi'i tu, I mean please agressive kan diri ikut surrounding. Dah besar panjang kan, so korang mesti tahu baik buruk semua perkara. Melainkan korang memang suka nak cari nahas. Huhuhu.. paham-paham jela. Mesti macam pelik je kan... apa benda la yang aku cuba nak sampaikan ni?

Read this. Apa yang korang perlukan try to show up yourself depan public. I mean bukan depan public phone or tiba-tiba berjoget lambak depan Pavy tak tentu hala. Oh no no no no... Mulakan dari yang kecil-kecil. Bermaksud? Maksudnya mulakan perubahan sikit demi sikit. Apa yang pening, jangan sombong. Thatz the key okay.


If korang ada ramai kawan, itu satu bonus besar punya. Tak kisah la kawan sekolah rendah ke, kawan sekolah menengah ke, kawan kampus ke, kawan tweet2 ke... janji kawan. Tapi kena ingat, keep in touch la selalu. Mana tau masing-masing muka berubah-ubah. Even tak jumpa depan mata kan kita boleh jumpa dalam alam maya a.k.a alam cyber. Bohong la kalau korang tak ada satu pon laman sosial. Paling busuk pon mesti ada emel. Kalau tak ada jugak, pergi la hidup kat zaman batu. Make it short, better search kawan-kawan lama korang kat facebook. Selalunya facebook ni tempat untuk orang-orang yang kita kenal. Type je nama dorang, kalau ada appear muka yang dikenali add je terus. Mana la tau dorang ajak buat reunion.


Bercakap mengenai reunion, haaaa.... mesti korang pernah tengok citer orang putih kan? Carik baju-baju cantik. Mekap bagi sweet. Set rambut. Set kuku. Apa lagi? macam-macam la kan? Waktu kemuncak paling best time masing-masing dah sampai dan kita boleh tengok muka masing-masing. Confirm punyalah masing-masing dah besar dan makin gorgeous dan handsome. Then time borak-borak mesti tak kan lepas punya bab tanya-tanya hal status masing-masing. Mana yang single jugak tu pergi la ushar dan borak lagi dalam. Mana tahu kot-kot sangkut.


Selain facebook, twitter pon boleh jugak. Tapi twitter ni more on kawan baru. Its ok, make it new in your life list. Pendapat aku orang dalam twitter ni ramai student, pemegang iphone 4, android, dan orang-orang keje opis sebab boleh update status all the time. Tweet punya tweet rupa-rupanya pernah jumpa (macam aku lah). 4 bulan lepas aku ada lepak kat mines dengan ex-roomate aku kat Mines. Hangout sekali dengan member twitter dia. Tak sangka lak selama aku dok tweet-tweet merupakan salah seorang daripada mereka. Now, kitorang baru realised. Cehh.... so, aku dah dapat kawan baru (tak baru sangat la).


Apa yang special untuk si SINGLE ialah:


SITUASI 1
Korang boleh keluar dengan mana-mana lelaki atau perempuan as kawan. Bagi aku tak salah selagi kita pegang prinsip "kita berkawan tapi tak buat perangai tak senonoh". Yes, sound like weird bagi yang dah berpunya but, baru couple belum nikah lagi. Setakat nak hangout sama-sama tak salah. Niatkan dalam hati 'aku nak keluar jalan-jalan sebagai kawan' dan perlu diingatkan jangan sekali-kali menyentuh kawan yang berlainan gender tu. Pegang tangan lagi la tak boleh. Ia mendatangkan syak wasangka bagi orang persekitaran. Mana tahu ada orang yang dikenali di mana-mana, kan? Yela, tak kan nak berkepit dengan partner je kan, sekali sekala keluar la dengan orang lain.


SITUASI 2
Kalau tak nak timbulkan masalah, korang keluar la dengan si single jugak. Saja lepak-lepak buat group WE ARE STILL SINGLE. Bila lepak ramai-ramai mesti terselit kisah diri masing-masing. Maka timbul lah situasi kongsi mengongsi masalah. Kan seronok. At the same time kita boleh kenal si single tu lebih lanjut. Mana tahu dia rupa-rupanya dah boleh jadi pelengkap hidup untuk akan datang.


SITUASI 3
Kenapa untungnya jadi single? Ada kaitan dengan dunia dan akhirat tau. Yeke? Yes, memang pon. Cuba tengok kawan-kawan korang yang dah couple. Mostly yang couple sangat standard la kalau pegang-pegang tangan. Cuba tengok kat mall, mana-mana yang berkepit pegang tangan tu couple la tu. Kalau tak pegang tangan tu mesti dah kawen. Selalunya macam tu lah. Apa hukum bagi bukan muhrim bila bersentuhan? Haram kan? Berdosa kan? Ok, lain pulak. Bila yang dah couple nak hangout dengan orang lain, tipu partner dia, berdosa kan?


SITUASI 4
Aku selalu dengar orang tua-tua espacially parents dan lecturer akan cakap "Dekat U ni la baru kita boleh cari partner hidup. Nanti bila dah kerja tak ada masa nak cari. Lastly u all akan jadi bujang terlajak and andartu", sikit pon aku tak sentap. WTH?? Habis, semua workers kat Malaysia ni perempuan ke? Lelaki ak ada? Impossible! Tak semestinya jodoh kita within the same feild. Orang yang terlanggar kita depan bus stand pon boleh jadi. Kunfayakun....


SITUASI 5
Masih lagi di pengajian tinggi punya cerita. Bagi aku bercinta time belajar is not really practical because ia akan mengganggu mood nak study. Ok, mesti ada yang tak setuju ni. Lain orang lain cara k. Ni blog aku, suka hati la nak type apa. Cuba bayangkan every sem ada 6 subject. Satu pon subject tak ada excuse untuk tak ambik dan semua akan ke final paper. Hangen wey.. tension. Time study tu jugak lah si partner tetibe nak ajak gaduh. Hal kecik je boleh buat kecoh. Texting sambil study? WTH? Masuk ke kat kepala otak tu? Kalau dah biasa never mind la, ni yang siap nangis dan assignment pon delay. Wey, kau nak postpon sampai bila tu? So, tak practical. Eyeewwhhh~~


So, aku tak pernah rasa hina bila umur aku dah 22 tahun pon masih belum berpunya. Bukan masalah tak ada yang nak , setakat ni ada la dalam 7 orang yang cuba nak tukar status single aku ni, tapi belum masa aku nak ada komitmen yang agak leceh tu. Mana la tahu dapat boyfie panas baran dan pengkongkong? Memang tak la.... Study biar mantap untuk diri sendiri. Untuk menyeronokkan diri aku, aku keluar je dengan siapa-siapa yang aku kenal. Semuanya kawan-kawan yang aku jumpa kat previous schools, PLKN, matrix and many more. At least tak ada la aku keluar only with one person only like COUPLE! Then aku boleh kenal typo lelaki ni macam mana. Yela, selalunya lelaki akan menkonklusi hal perempuan. Apa salahnya untuk perempuan tilik typo lelaki. Di situ, baru kita boleh buat pilihan, lelaki mana yang patut di GRAB. Yes, grab biar tepat la. Jangan la grab syok sendiri and finally diri binasa. Thats all frm me.


~TAMMAT~
PEACE YAWW
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...