CIK BERTIH BERAS

ADA APA DALAM NI?

Hye guys! Aku nye blog ni more kpd story yg ade kt around aku. Sometimes bnde ni pon kene gak kat batang idong sendiri. Hehehe... So, aku rase ok jugak la kn nak share ngan org ramai. Kadg2 sound like stupid, but ape yg aku type dalam blog are normal things. So, pade sape2 yg agak touching ngn aku nih, tolg2 la delete perasaan tuh. Pling bagus, spam trus jela.. Aku harap enjoy la ye.. Huhuhu~ GOTTCHA!!

SINGLE TAK MENGAPA.. KERANA?


Haishh...semalam small damaged kat TBS, then rushing to HUKM. Kaki bengkak je, tak patah even terlenyek bawah tayar kereta. Alhamdulillah kuat. So, aku dapat la MC dua hari which is, hari ni dan esok. Bila semua housemate aku pergi kelas, tinggal la aku sorang-sorang kat rumah. Nak buat apa lagi kalau meluahkan apa yang aku nak share dengan korang. Tak kan la nak baca novel, eyeewhhh...tak kuasa! Apa yang aku nak share kali ni ialah.....


Ramai gadis single yang aku perasan tak enjoy dengan life diorang. Bila umur dah makin meningkat, kerisauan terpancar kat muka masing-masing. Bila risau, tak seri la muka tu. Bila tak seri, macam mana orang nak terpikat. Bila tak dipikat, memang akan ANDARTU la kan? Ok, aku pon single. Hidup aku tak tertekan pon dengan masalah kurang kasih sayang oleh seorang lelaki yang bergelar BOYFIEEE. What the hell?

Apa yang korang perlukan adalah ENJOY. Yes enjoy. Why? Hey bukan enjoy yang bukan-bukan sampai luar tabi'i tu, I mean please agressive kan diri ikut surrounding. Dah besar panjang kan, so korang mesti tahu baik buruk semua perkara. Melainkan korang memang suka nak cari nahas. Huhuhu.. paham-paham jela. Mesti macam pelik je kan... apa benda la yang aku cuba nak sampaikan ni?

Read this. Apa yang korang perlukan try to show up yourself depan public. I mean bukan depan public phone or tiba-tiba berjoget lambak depan Pavy tak tentu hala. Oh no no no no... Mulakan dari yang kecil-kecil. Bermaksud? Maksudnya mulakan perubahan sikit demi sikit. Apa yang pening, jangan sombong. Thatz the key okay.


If korang ada ramai kawan, itu satu bonus besar punya. Tak kisah la kawan sekolah rendah ke, kawan sekolah menengah ke, kawan kampus ke, kawan tweet2 ke... janji kawan. Tapi kena ingat, keep in touch la selalu. Mana tau masing-masing muka berubah-ubah. Even tak jumpa depan mata kan kita boleh jumpa dalam alam maya a.k.a alam cyber. Bohong la kalau korang tak ada satu pon laman sosial. Paling busuk pon mesti ada emel. Kalau tak ada jugak, pergi la hidup kat zaman batu. Make it short, better search kawan-kawan lama korang kat facebook. Selalunya facebook ni tempat untuk orang-orang yang kita kenal. Type je nama dorang, kalau ada appear muka yang dikenali add je terus. Mana la tau dorang ajak buat reunion.


Bercakap mengenai reunion, haaaa.... mesti korang pernah tengok citer orang putih kan? Carik baju-baju cantik. Mekap bagi sweet. Set rambut. Set kuku. Apa lagi? macam-macam la kan? Waktu kemuncak paling best time masing-masing dah sampai dan kita boleh tengok muka masing-masing. Confirm punyalah masing-masing dah besar dan makin gorgeous dan handsome. Then time borak-borak mesti tak kan lepas punya bab tanya-tanya hal status masing-masing. Mana yang single jugak tu pergi la ushar dan borak lagi dalam. Mana tahu kot-kot sangkut.


Selain facebook, twitter pon boleh jugak. Tapi twitter ni more on kawan baru. Its ok, make it new in your life list. Pendapat aku orang dalam twitter ni ramai student, pemegang iphone 4, android, dan orang-orang keje opis sebab boleh update status all the time. Tweet punya tweet rupa-rupanya pernah jumpa (macam aku lah). 4 bulan lepas aku ada lepak kat mines dengan ex-roomate aku kat Mines. Hangout sekali dengan member twitter dia. Tak sangka lak selama aku dok tweet-tweet merupakan salah seorang daripada mereka. Now, kitorang baru realised. Cehh.... so, aku dah dapat kawan baru (tak baru sangat la).


Apa yang special untuk si SINGLE ialah:


SITUASI 1
Korang boleh keluar dengan mana-mana lelaki atau perempuan as kawan. Bagi aku tak salah selagi kita pegang prinsip "kita berkawan tapi tak buat perangai tak senonoh". Yes, sound like weird bagi yang dah berpunya but, baru couple belum nikah lagi. Setakat nak hangout sama-sama tak salah. Niatkan dalam hati 'aku nak keluar jalan-jalan sebagai kawan' dan perlu diingatkan jangan sekali-kali menyentuh kawan yang berlainan gender tu. Pegang tangan lagi la tak boleh. Ia mendatangkan syak wasangka bagi orang persekitaran. Mana tahu ada orang yang dikenali di mana-mana, kan? Yela, tak kan nak berkepit dengan partner je kan, sekali sekala keluar la dengan orang lain.


SITUASI 2
Kalau tak nak timbulkan masalah, korang keluar la dengan si single jugak. Saja lepak-lepak buat group WE ARE STILL SINGLE. Bila lepak ramai-ramai mesti terselit kisah diri masing-masing. Maka timbul lah situasi kongsi mengongsi masalah. Kan seronok. At the same time kita boleh kenal si single tu lebih lanjut. Mana tahu dia rupa-rupanya dah boleh jadi pelengkap hidup untuk akan datang.


SITUASI 3
Kenapa untungnya jadi single? Ada kaitan dengan dunia dan akhirat tau. Yeke? Yes, memang pon. Cuba tengok kawan-kawan korang yang dah couple. Mostly yang couple sangat standard la kalau pegang-pegang tangan. Cuba tengok kat mall, mana-mana yang berkepit pegang tangan tu couple la tu. Kalau tak pegang tangan tu mesti dah kawen. Selalunya macam tu lah. Apa hukum bagi bukan muhrim bila bersentuhan? Haram kan? Berdosa kan? Ok, lain pulak. Bila yang dah couple nak hangout dengan orang lain, tipu partner dia, berdosa kan?


SITUASI 4
Aku selalu dengar orang tua-tua espacially parents dan lecturer akan cakap "Dekat U ni la baru kita boleh cari partner hidup. Nanti bila dah kerja tak ada masa nak cari. Lastly u all akan jadi bujang terlajak and andartu", sikit pon aku tak sentap. WTH?? Habis, semua workers kat Malaysia ni perempuan ke? Lelaki ak ada? Impossible! Tak semestinya jodoh kita within the same feild. Orang yang terlanggar kita depan bus stand pon boleh jadi. Kunfayakun....


SITUASI 5
Masih lagi di pengajian tinggi punya cerita. Bagi aku bercinta time belajar is not really practical because ia akan mengganggu mood nak study. Ok, mesti ada yang tak setuju ni. Lain orang lain cara k. Ni blog aku, suka hati la nak type apa. Cuba bayangkan every sem ada 6 subject. Satu pon subject tak ada excuse untuk tak ambik dan semua akan ke final paper. Hangen wey.. tension. Time study tu jugak lah si partner tetibe nak ajak gaduh. Hal kecik je boleh buat kecoh. Texting sambil study? WTH? Masuk ke kat kepala otak tu? Kalau dah biasa never mind la, ni yang siap nangis dan assignment pon delay. Wey, kau nak postpon sampai bila tu? So, tak practical. Eyeewwhhh~~


So, aku tak pernah rasa hina bila umur aku dah 22 tahun pon masih belum berpunya. Bukan masalah tak ada yang nak , setakat ni ada la dalam 7 orang yang cuba nak tukar status single aku ni, tapi belum masa aku nak ada komitmen yang agak leceh tu. Mana la tahu dapat boyfie panas baran dan pengkongkong? Memang tak la.... Study biar mantap untuk diri sendiri. Untuk menyeronokkan diri aku, aku keluar je dengan siapa-siapa yang aku kenal. Semuanya kawan-kawan yang aku jumpa kat previous schools, PLKN, matrix and many more. At least tak ada la aku keluar only with one person only like COUPLE! Then aku boleh kenal typo lelaki ni macam mana. Yela, selalunya lelaki akan menkonklusi hal perempuan. Apa salahnya untuk perempuan tilik typo lelaki. Di situ, baru kita boleh buat pilihan, lelaki mana yang patut di GRAB. Yes, grab biar tepat la. Jangan la grab syok sendiri and finally diri binasa. Thats all frm me.


~TAMMAT~
PEACE YAWW

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...