CIK BERTIH BERAS

ADA APA DALAM NI?

Hye guys! Aku nye blog ni more kpd story yg ade kt around aku. Sometimes bnde ni pon kene gak kat batang idong sendiri. Hehehe... So, aku rase ok jugak la kn nak share ngan org ramai. Kadg2 sound like stupid, but ape yg aku type dalam blog are normal things. So, pade sape2 yg agak touching ngn aku nih, tolg2 la delete perasaan tuh. Pling bagus, spam trus jela.. Aku harap enjoy la ye.. Huhuhu~ GOTTCHA!!

MACAM MANA BOLEH TERJEBAK


Assalamualaikum...


Agak-agak nak dekat setengah tahun tak update blog. Last semester sangat busy sebab final sem dan aku sebuk dengan kelab basikal. Then hari ni baru la ada perasaan nak 'touch up' blog. Hehehe...

Lepas insiden aku kena extend, aku makin tabah (ayat tak bleh blah). Sampai je Melaka balik, sebak pulak lalu depan rumah sewa yang lama. Masih teringat housemates dah officially graded on time. Aku? Terpaksa tersangkut lagi dalam UiTM Melaka. Then sampailah di rumah sewa yang baru. Tapi still dalam taman yang sama; Taman Dimensi. Dulu rumah double story, sekarang single story je. Thank God housemates 5 orang je kali ni. Sangat selesa berbanding rumah lama. 2 orang junior termasuk aku in the same course and another 2 girls are Computer Science student.

Satu rumah ada lima orang je, tapi kereta ada empat. Waja, Citra, Honda dan Atos. Aku je yang tak ada kereta. Buat apa penuhkan rumah? So, boleh dikatakan setiap petang memang kitorang tak lekat dekat rumah. Segala jenis pantai kat Melaka kitorang redah. Pantai Klebang, Puteri, Kundor, Pengkalan Balak... semualah. Favourite kitorang semata-mata nak tengok sunset je. Indah ciptaan Tuhan. :)

Semua subject sem lepas aku belajar balik sem ni. Satu paper pun aku tak sit. Terpaksa! So, mostly lecturers yang sama balik ajar aku. Tebalkan muka. The best solution is duduk belakang dengan Topek. He is the only one boy dalam kelas DAIS 6B. The rest are gilrs. Sangat bosan! Then, all the lecturers will said 

"I kenal yang duduk belakang tu. So you guys if ada apa-apa nak tanya just ask her. Last sem I ajar kelas your senior ni. She's quit pretty good."

Bukan nak bangga diri ke apa. Macam kena perli setepek. Hello.... aku bukan repeater ok. Dalam database UiTM pun aku still part 6, bukan part 7. Even study twice, but still sit those paper for the first time. Duuuhhh~~ Ok, nevermind. Budak-budak ni pun dah lama kenal aku. Siapa tak kenal kakak NYDP DAIS yang garang ni? Ahh... forget it.

One day, lepas jawab quiz 1 for subject Finance aku, Syira dan Tiqa nak release tension dekat netball court. As ussual register dulu la nak pinjam bola. Then Abang Yazid datang dan ajak kitorang join ride Ahad minggu tu jugak. Dalam hati teringin sebab area Bandar Hilir, tapi bila disebut 25km kepala otak aku in the middle. Tapi nama dah masuk list. Ah, belasah jela. Bila lagi kan? Mana tau dapat lucky draw hamper. Alang-alang boleh tambah stock makanan kat rumah.

Sehari sebelum kayuhan, kitorang warmup dekat Kompleks Sukan Melaka. Bowling, kayak, wall climbing, karaoke, archery and the last but not least riding bicycle. Then paling haru bila aku terlupa, aku tak ada sport shoes. Hari dah malam. Mana nak cari? Terpaksa la kitorang rushing ke al-Ikhsan Masjid Tanah. Damn!! Kasut yang sesuai dengan aku harga RM179, pink colour. Terpaksa ikat perut seminggu semata-mata untuk di kaki? Itulah aku. Sanggup!

Tanggal 8 Januari 2012, kitorang join UMMC (UiTM Melaka Mtb Club) ride sama-sama dengan riders seluruh Melaka. Aku tak sure berapa ramai, mungkin dalam anggaran 2500 riders. Bermula hari ini lah aku berkenalan dengan sorang abang ni dari Cycle-X Alor Gajah Club. Nama dia aku tak tahu. Kami just borak pasal umur masing-masing je, tak banyak cakap. Orangnya sangat friendly. Masa ride aku dengan dia bersaing antara satu sama lain. Paling best follow belakang Marshall dengan harapan gambar kitorang masuk majalah RodaPantas. Hehehe....

Habis ride, baru la aku jumpa balik Syira dan Tiqa. Waahhh... Tiqa dah ada 'abang' time ride. Diorang sangat mesra. Aku dengan Syira pandang dari jauh je dan join lepak dengan UMMC sementara tunggu lucky draw dan makan. Maybe kitorang tak ada rezeki, balik bawak nasi ayam je. Hehehe... Masa tengah tunggu lori angkut basikal UiTM, sempat la kitorang borak-borak dengan salah sorang abang Cycle-X jugak; Cikgu Mahathir. Agak terkujat jugak la bila ada orang mention harga basikal dia yang kat atas Myvi BJS tu RM14k. Tersedak air yang aku minum. Mak datuk!! Mahalnya! Then bagi aku tamatlah penglibatan aku dalam basikal. Saja-saja nak join.

11 Januari 2012. Dalam Computer Lab.
Tiqa: Kak, add la Abang Boy.
Aku: Siapa Abang Boy?
Tiqa: Yang akak cerita tu. Akak kan ride sama-sama dengan dia.
Aku: Owwhh... Nick dia Boy ke? Tak nak lah. Bukan kenal pon.
Tiqa: Saya baru add dia. Dia dah approved dah pon.
Aku: Bila dia approved?
Tiqa: Semalam. Yang lain pon saya dah add.
Aku: Malas lah... Kita bukan join ride lagi lepas ni.

Dengan slumber aku pon blah ke meja Syira. Nak proceed project. Bila balik semula kat meja aku.....

"Thanks add :) " by Mohd Fizariza Yusop.

Sumpah aku tak kenal dan aku rasa aku tak add siapa-siapa pon.

Tiqa: Kak, tu lah Abang Boy. Hehehe...
Aku: Macam-macam la Tiqa ni. Ok, akak terima. ;)

Then aku dan Abang Boy keep continue chat and tukar-tukar fon number. Gottcha!! Petang tu aku, Syira dan Tiqah nak buat triple date kat Tampin. Hahaha... tu jelah tempat paling selamat dan orang lain yang dikenali tak ada.


Bila sampai di sana kitorang pickup Abang Rozie kat office, then jalan ke KFC. Kat sana Abang Boy dan Abang Madey dah tunggu. Maka, berlakulah perkara yang paling kalut aku nak tengok babak abang-abang Cycle-X ni terkejut kantoi. Jeng... jeng... jeng...


Abang Boy: Eh Rozie ape ko buat kat sini??
Abang Rozie: Ape pulak korang berdua buat kat sini??
(Abang Madey dah sengih-sengih sambil tepuk dahi)
Abang Boy: Budak-budak ni ajak jumpa.
Aku: Kitorang? Eh abang yang ajak kitorang keluar. Tuduh kitorang pulak.

Abang Madey: Malu siot...
Abang Rozie: Tak payah malu. Jom aku belanja KFC.


Lepas melantak KFC, kitorang gerak ke STARBOX. Seumur hidup aku belum pernah lagi karoke kat bilik besar. Selama ni masuk yang bayar RM1 per song je. Agak gerun jugaklah nak pegang mic. Tapi entah macam mana aku tak rasa gerun bila mic dah sampai kat tangan. Kebetulan pulak Abang Boy ajak berduet lagu 'Jangan Pisahkan by Deddy Dores ft. Mayang Sari'. Syira pulak ajak Abang Madey duet lagu 'Dunia Batinku by Ella ft. Tam Spider' then Tiqah dengan Abang Rozie amek lagu 'Permaidani'. Masa sejam dihabiskan untuk karok tu rasa sekejap sangat. Sebelum tamat waktu service, Abang Boy terus capai mic balik dan bisik kat aku. "Pernah dengar lagu Khalifah tak?" aku terpinga-pinga dan geleng kepala sambil jawab "Whiz Kalifa penah la dengar. Nigga." dengan selamber je muka.


Masa untuk lagu tu running. Starting dengar aku macam tak berminat lagu 'Ni Hao Ma' ni. Rock yang bingit bukan jiwa aku. Bila start lirik keluar, teruja pulak tiba-tiba.


Laju... Basikalku kayuh laju
........
Lim Siew Ping saya punya nama
Tinggal di Kampung Baru Cina
Umur 23 saya belum berpunya


Lagu tu dituju khas untuk aku. Sebab umur aku 23 dan aku kenal Abang Boy dengan joint KAYUHAN HISTORICAL MALACCA. Then kitorang share bluetooth lagu ni.


Maka, bermula lah episod baru aku untuk kali ini :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...