CIK BERTIH BERAS

ADA APA DALAM NI?

Hye guys! Aku nye blog ni more kpd story yg ade kt around aku. Sometimes bnde ni pon kene gak kat batang idong sendiri. Hehehe... So, aku rase ok jugak la kn nak share ngan org ramai. Kadg2 sound like stupid, but ape yg aku type dalam blog are normal things. So, pade sape2 yg agak touching ngn aku nih, tolg2 la delete perasaan tuh. Pling bagus, spam trus jela.. Aku harap enjoy la ye.. Huhuhu~ GOTTCHA!!

JENIS-JENIS TOYOL KETIKA TEST


Apa itu toyol? Hantu? Makhluk halus? Budak botak perut boncet? Si kecil yang hijau? Berseluar katok? Hanya tahu kacang hijau? Yang berkenaan itu ialah iblis yang mengganggu manusia khalifah di dunia ini. 'TOYOL' yang ingin dikongsikan ini bagi students especially IPTA/IPTS lain sifatnya. Macam-macam jenis. Semakin dunia teknologi melonjak naik, maka semakin banyak jugaklah jenis-jenis toyol tercipta di muka bumi ini. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Arakian, tersebarlah toyol-toyol tersebut ke IPTA/IPTS di seluruh Malaysia khususnya.
*apa aku mengarut ni?*

Hasil pengarutan toyol di atas adalah sejenis makhluk soft/hardcopy. Bunyi macam berteknologi kan? Memang pun. Hehehehe... Tapi aku yakin, tak semua orang mampu buat benda ni atas beberapa faktor:

1) Takut kantoi dengan lecturers atau cikgu akan toyol tersebut
2) Student yang baik tak akan buat perkara keji seperti 'membela' toyol
3) Tak reti / tak kreatif menghasilkan toyol yang pelbagai
4) Tak tahu bagaimana toyol ini digunakan
5) Pembaris sangat sampai tak pernah tahu kewujudan toyol

Kali ni saja nak share beberapa jenis toyol yang pernah aku buat start zaman sekolah menengah dulu. Bukan ada siapa-siapa yang ajar atau mempengaruhi. Ini semua atas kerelaan sendiri dan idea bengong lagi bernas aku untuk melepaskan diri. Ini bukan jahat, tapi lebih difokuskan dengan word 'NAKAL'. I like that. hehehe




TEKTIK 1: FACE LANGUAGE

Tektik ni tercipta semasa aku nak exam akhir tahun masa form 2. Kalau tak silap time tu nak paper math. Kawan aku ni lemah sikit nak jawab paper 1. So, lagi beberapa minit exam nak start aku pon bagi idea bangang kat dia. Kali ni sebab aku dah tak tau cara macam mana nak tolong dia. Kawan kaaannn.. cikgu cakap tak baik kedekut ilmu. Hahaha..

member: Wey tolong aku eh nanti kat dalam.
aku: Camne erk. Jap aku tengah pikir.
member: Alaa.. nanti ko tunjuk la sikit paper ko tu.
aku: Banyak cantik muka kau. Karang aku yang kena. Macam ni la....
bila aku garu dahi = A
bila aku garu hidung = B
bila aku garu mulut = C
bila aku garu dagu = D

Maka, berjalan lancar lah rancangan kami berdua. Akan tetapi usai sahaja exam habis,

cikgu: Qila, tunggu kejap. Jangan rehat dulu. Cikgu ada benda nak tanya ni.
aku: Ye cikgu. Ada apa ye?
cikgu: Cikgu nampak tadi kamu garu-garu muka, kenapa ya?
aku: Saya kalau gemuruh time exam memang muka jadi gatal. Tak senang  duduk tengok soalan. Hehehehe...(muka control)
cikgu: Owh yeke. Lepas ni time exam baca doa banyak-banyak ye. Relax sikit.
SELAMAT!

TEKNIK 2: LENTOK, MIMING & JARI

Agak bahaya sikit. Kalau kantoi memang parah. Yang ni tak bagus sangat sebab nak kena banyak cover, peeerrrgghhh..... memang payah lah. Asik nak jaga line je. Agak merugikan masa. Tapi kalau menjadi, hasilnya memang senyum sampai ke kening. Standard la time exam mesti student nak ke belakang. Aku tak macam tu. Lagi prefer duduk dekat tepi tingkap. Motif? Boleh tengok movement cikgu 180 degree only. kalau duduk tengah, 360 degree kena alert. Aku tak alert sekeliling... Bila cikgu pandang tingkap, aku pun letak kepala dekat meja. Pssstt... pssstt... jari pulak tunjuk '2' dan '3' means soalan 23 la tu. Si kawan kena miming word by word. Kena faham apa dia cakap memang leceh. Finally tulis besar-besar kat belakang kertas soalan je. Dengan pantas aku menyalin jawapan. Entah betul entah tidak. Janji paper ada tulisan. Agak selalu jugak guna style ni. Tapi dalam keadaan terdesak jela.
DANGER!

TEKNIK 3: CALCULATOR

Zaman PMR semua formula aku hafal. Naik SPM, formula add math, chemy dengan physic memang tak la kan nak hafal semua. 3 subjects yang paling aku anti. Actually cikgu-cikgi yang anti aku. Malam sebelum exam, macam biasa lah buat study group kononnya. Nampak macam budak baik. Masuk je dalam bilik, hahahahaha... mulakan operasi menconteng calculator. Cover, depan, buttons, semua ada formula. Ada pulak tu boleh save dalam calculator. Aku pun dah tak ingat buat macam mana. Berzaman dahh.... Carbon mechanical pencil tu macam mantul je bila kena cahaya. So, bila nak tengok formula time exam kena senget sikit dekat cahaya. Ramai sangat yang buat macam ni kan... Alaaahhhaiii... Mengaku sajalah. Masa kat U pun berkoyan yang buat. Akan tetapi, semenjak tahun lepas kot pihak U tak bagi student bawak cover masuk dewan. Hahahaha.... ni mesti dah ada yang pernah kantoi. Takpe, belakang pun boleh guna. Kehkehkeh.... Tapi payah sikit la nak golek-golek je.


Inilah calculator yang pernah berkhidmat simpan toyol



Akan tetapi aku bijak sikit. Biasanya paper dah tersedia atas meja. So, aku guna peluang yang ada. Sebelum tangan ni mengada-ngada nak isi attendance form, aku akan salin balik semua formula belakang calculator tu dekat belakang question paper. Tak pun dekat depan pun boleh. Alaa... pengawas tu bukan nak marah pun. Mesti dia ingat "Owwhh budak ni tengah ingat formula kot..." Kita conteng atas paper dalam dewan, bukan bawak paper dari luar. tak gitu? then cepat-cepat la padam yang dekat calculator tu. Guna jari pon boleh. Padam bukti. Hehehehe... Finally jawab exam dengan tenang dan gembira. Hahahahahaha....
TROLLLL



TEKNIK 4: OPEN BOOK JARAK JAUH

Tak sure yang ni orang lain pernah buat ke tidak. Maklum sajalah, mula-mula masuk U handphone tak canggih mana. Setakat NOKIA 110i yang warna biru tu. Dah arwah phone aku tu, pecah depan belakang. Arwah baik orangnya. Phone tu mana boleh save note banyak-banyak. Memory full terus! So, aku sebagai ketua pentiru sentiasa ada jalan.

Seingat aku, time tu part 3. Dalam bilik aku ada senior part 6 in the same faculty but different course. Even dia senior, tetapi kaum majority part 3 buli dia. Hehehe... time test phone tak kisah ada atas meja. Janji silent. Bukan off ok. I repeat, lecturer kata "PLEASE SILENT YOUR PHONE". Aku akan message senior tu soalan, dia akan bagi jawapan. Dalam bilik tu, aku dah siap sediakan 4 buku yang telah terselak dengan page berkaitan. Hal ini memudahkan beliau mencari maklumat dan text aku jawapan yang betul dan saksama.

1 massage received. Tak fikir panjang, forward je kat kawan-kawan. Cikgu kat sekolah dulu pesan tak baik kedekut ilmu. :-)
IT'S WORK!!

TEKTIK 4: FORWARD MOOD

Semua orang akan mengeluh bila muncul mid term. Test 1 untuk semua subjects boleh dikatakan akan berturut-turut. Mana dan nak study semua (alasan). Even dah baca pun kadang-kadang boleh terlupa. Jadi, dengan kudrat yang ada kami akan save dalam phone which is in notes folder. Opss... lupa nak bagitahu yang ketika itu phone dah canggih sikit lepas masing-masing dah praktikal. Tapi time masuk kelas masing-masing buat muka cuak je. Puiiihh~~ lakonan semata-mata.

Test bermula. Lecturer di depan. Phone di celah kangkang. Bukan aku nak melucah, tapi ni reality. Yang ni sama jela dengan toyol jenis paper. Beza cuma ni digital sikit. Kelebihannya adalah boleh forward kat kawan-kawan. Siap ada pesanan lagi kat hujung message tu...
p/s: nanti pandai-pandai la tukar sikit ayat tu. Kalau sama kantoi pulak.

Itu la seronoknya bila dapat member satu kepala. Tapi dalam satu kelompok tak pernah ada yang otak parallel. Bagi mereka, kalau meniru belajar tak berkat. Tapi golongan minor je. Jangan kotori pemikiran dan kebaikan mereka. :)
GOOD JOB!

TEKTIK 5: SNAP PICTURES

Nice! Mentang-mentang phone masing-masing resolution kemain hebat. Semua note di'snap'. Siap ada special folder lagi. Dah macam camera DSLR. Clear... Terang... Jelas... Majority phone semua touch screen! Lantak la tulisan kecik mana pon. Bila zoom zoom hama atas paper pun boleh nampak (nampak beno nipunye). Cantik je phone letak atas peha. Tak jatuh beb! Kadang-kadang celah paper. Paling selamat dalam pencil case. 

one of the....


Kali ni tak payah bazir credit nak forward sana sini. Cukup lah sekadar bluetooth. Nasib baik si 'GigiBiru' boleh connect within 10 feet area. Siapa-siapa yang tak berkesempatan nak snap or phone resolution tak clear akan request bluetooth. Zaaappp... Zaaappp... Zaaappp... Settle! Pandai-pandai la korang nak hidup dengan foto-foto digital itu. Hahahahaha...
MISSION COMPLETED!

TEKTIK 6: ON DESKTOP

Tak semua course merasa test dalam lab computer. Tapi course aku memang ada kena mengena dengan computer. Nama pon Accounting Information System. Dipendekkan cerita, lecturer aku ni suka buat time lab. Tak ingat la pulak sebab apa. Aku pon suka!! Hehehe... Usually lecturers dah prepare note dalam i-learn. Kita as students tinggal ambik je. Rezeki depan mata. Tak payah pening-pening nak cipta toyol. Bonus tu. Maka, dalam tangan dah ada softcopy.

During test, she said "I tak nak tengok ada pendrive dekat CPU". Apadehal... copy paste jela toyol dekat desktop untuk sementara waktu, then cabut pendrive tu. Hikhikhik... Lab pulak jenis computer bawah meja yang bercermin tu. Memang bonus vaganza! Jawab dengan senyum panjang lebar semua orang.

Kadang-kadang siap boleh online kalau ada lab test. Facebook adalah medium utama. Masing-masing off chat, but still boleh send dekat message. Kalau tak, kantoi laa... Sebab we all ada fb lecturer. Hihihi bijak.. bijak..
NOTTY!

TEKTIK 7: PHONE & TOILET

Yang ni aku tak pernah buat, tapi acap kali nampak student lain buat. Benda ni berlaku masa aku part 3 jugak. Classmate aku ni tak study la kot. Biasa la, boy kan. Bukan amik kisah pasal final. Selalu jugak aku curik-curik intai transkrip jawapan dia. Mak datuk!!! Kosong!! Memang tak ada tulisan satu pon. Yang aku nampak dia resah sambil goyang-goyang kaki. Tak boleh jawab ke bang?? Hahahahaha....

Then aku nampak dia bangun. Aku tau dalam jeans dia ada phone. Ingat aku tak nampak. Apa dia kisah pon kan. Happy je dia pergi ke toilet lepas isi form hijau tu. Yang aku perasan agak lama jugak la dia ke toilet. Time final pon aku sempat busy body. Hahahaha... Tak lama lepas tu dia balik meja muka senyum-senyum pandang aku. Cisss... Pantas betul dia jawab soalan yang aku kira macam firaun tu. "Lu dah buat hati wa terbakar ni bai... Wa lupa buat toyol.. Cilakak!!!"
I'M NOT -___-"

TEKTIK 8: SPEAK & RECORD

Paling latest jenis toyol yang aku hasilkan. Speak and record. Malam sebelum test aku akan carik tempat paling sunyi untuk record suara. Bunyik kipas pun tak nak. Setiap word kena sebut dengan jelas dan nyata. Sangkut sikit pun tak boleh. Kalau tergagap, terpaksa record sekali lagi. Mana datang idea ni pun aku tak tahu. Tapi yang ni hanya perempuan jela boleh buat. Senjata utama ialah earphone! Sebelum masuk dewan siap-siap dah pakai earphone. Wire sorok dalam baju. Telinga tak de siapa nampak.

Semua recorded voices tu aku buat playlist kat phone. Nanti tak de la tetiba dengar lagu pulak kan. Siap boleh next lagi. Setiap kelebihan ada kelemahan. Cewwaahhh... rasanya record tu dah slow habis, tapi nak menyalin balik masa jawab paper, kemain lagi tak sempat. Kadang-kadang terlopong je jawapan aku tu. Satu masa tu hampir terkantoi...

lecturer: Kenapa jawapan U tu rongak-rongak?
aku: Saya lupa pulak word tu. Nanti saya akan ingat balik.
lecturer: Dah macam fill in the blank pulak I tengok.
aku: Yeke? Tak adalah. Saya kalau jawab memang macam ni selalunya.
lecturer: Alaa.... U jawab ayat lebih kurang dah la... I faham. Tak payah hafal sangat..

Perrgghh... disebabkan lecturer tu menyebok sekejap, lari terus record aku. Dah masuk chapter sebelah. nasib balik boleh rewind. Yang penting tak kantoi.
SMART!

Ni jelah yang aku boleh share. Sebenarnya ada lagi 3 tektik. Tapi tak payah kot sebab agak memalukan diri sendiri dan berlaku depan mata sendiri bahawasanya ada salah seorang sahabat yang kantoi. Daripada nak buat, terus tak jadi nak buat.

Jadi, aku harap tidak adalah yang meniru aksi-aksi tersebut kepada yang belum pernah buat. Seriously memang tak berkat. Walaupun subject tu kita dapat A, tapi pointer tak dekan pon. Hampir-hampir je. Budak-budak yang dekan mana ada buat kerja keji macam ni. ALLAH MAHA ADIL. Setiap hambaNya akan mendapat balasan yang setimpal dengan setiap perbuatan kita sama ada baik mahupun nakal. Alhamdulillah, senakal-nakal aku, akhirnya habis jugak study dan jadi orang. :-)

Kepada yang bakal menduduki peperiksaan, aku doakan yang terbaik untuk anda semua.

DINNER BERSAMA RIDERS SELURUH MELAKA


Assalamualaikum...

Kali ni aku nak ber'kisah' pulak macam mana aku naik syeh dengan benda bernama "basikal" ni. Pada suatu petang (10 Januari 2012) rumah aku digemparkan dengan berita riders yang join KAYUHAN HISTORICAL tiga hari sebelum tu akan dinner bersama YAB DATUK SERI ALI RUSTAM dekat Sungai Rambai. Punyalah aku fikir makan dekat hotel atau dewan besar paling common pon. Tak logic langsung! Kami bergerak dari UiTM beramai-ramai dengan geng UMMC. Dalam kereta just aku, Tiqa, Syira dan Abang Yazid. Memandangkan masing-masing tak berapa tahu jalan, we all guna GPS bergerak iaitu Abang Rozie. Hahaha!! Sorry bang... Bila sampai je kat sana, aku tengok banyak canopy je. Bukan dewan besar, apatah lagi HOTEL! Tak apa, aku datang nak makan je. -_-"

Sampai je dekat meja urusetia, macam biasalah kena register nama club dan dapat luckydraw number. Aku tak pernah percaya dengan nombor aku sendiri. Pergi lah mana-mana function pun, memang tak pernah luck. Masa tengah syok-syok posing maut depan camera Botak, aku rasa macam ada mata-mata yang pandang group kitorang. Bila aku pandang kanan, urrgghh~ apa mamat ni buat kat sini? Sebuk betul! Petang tadi kata tak nak jumpa aku dah. Tak payah la pandang-pandang. Then Tiqa tarik tangan aku "Kak, jom la kita amek makanan kat sana." Syira pun ikut belakang aku. Sampai sahaja di meja hidangan, Tiqa hulurkan pinggan aku dan Syira. Tiba-tiba ada satu lembaga yang aku kenal sangat bau perfume dia mencelah antara aku dan Tiqa...

"Abang nak apa. Nak makan beratur la kat belakang. Potong que betul la." Dengan muka selumber je dia ambil makanan tanpa pedulikan aku yang tengah bengang kat belakang dia. Tak kan nak bergaduh depan orang ramai pulak. Nanti orang kata aku HAMAK sangat dengan makanan kat situ. 

Lepas ambil makanan, "Awak pegang pinggan abang ni, nanti abang ambik air." Perrghh~ suka-suka dia je suruh aku pegang pinggan dia yang sarat dengan lauk pauk tu. Tiqa dengan Abang Yazid sengih-sengih je pandang kitorang. Geramnya! Then makan sama-sama atas kerusi tanpa meja. Meja yang dah di'order' untuk kitorang dah dikebas club lain. Ok fine!

"Marah kat abang lagi ke?" Abang Boy bersuara. Aku agak kaget jugak time tu. Melayan perasaan sendiri... "Tak lah. Nak marah pasal ape?" buat-buat tanya pulak kan. "Pasal petang tadi. Sorry tau. Abang saje je. Mesti la awak marah kan?" hah! tahu pun. Aku ingatkan tak ada perasaan punya orang. Tapi aku senyum jela. Malas nak panjang-panjangkan cerita.

Lepas makan aku, Abang Boy, Tiqa, Abang Rozie, Abang Yazid dengan Che Mad lepak dekat wakaf berhampiran jugak la dengan stage. Saja lepak-lepak, malas nak dengar orang berceramah. Kitorang tunggu luckydraw je. Kemesraan aku dengan Abang Boy tak sorok langsung. Tak kisah pun orang tengok. Lagipun masing-masing belum ada ikatan yang sah dengan siapa-siapa. Tiqa dengan Abang Rozie pulak texting jarak 5meter je. Hahaha...

luckydraw numbers aku dan Abang Boy yang LUCK!
Maka, tibalah waktu yang ditunggu-tunggu. Semua nombor-nombor aku selit dalam phone cover aku yang transparent. Senang sikit nak nampak. Syira is the first person among UMMC yang dapat luckydraw, then Hanif... Berdebar kencang jantung setiap insan dalam event tu. "Kalau nombor abang naik, awak amek k... Kalau nombor awak naik, abang amek," aku senyum jela tanda setuju. Dup dap... Dup dap... Dup dap...

"0284! 0284 satu! 0284 dua!"
"Saya!" aku berdiri tiba-tiba dan angkat phone yang berderet terselit luckydraw numbers tu. Abang-abang Cycle-X dan budak UMMC bersorak macam aku menang nombor 1 pulak. Padahal nombor Abang Boy. Berlari aku ke stage untuk amek hadiah tu. Hurmmm... Merasa jugak akhirnya. Hikhikhik.. Tapi apalah nasib nombor aku pulak erk? Kalau tak kena, kesian pulak cik abang ni tak dapat naik stage.

water bottle from RAKAN MUDA. Thanks!


"0371! 0371 satu! ...."
"Eh nombor saya lah. Abang pergi amek la!" aku pulak yang bangga bila nombor aku mengena. Hehehe... tak ada la rasa bersalah sangat. Sama-sama merasa naik stage. Macam batak! Hehehe...


Makin lama, makin ramai guests yang balik. Budak UMMC pon ada beberapa yang beransur sebab esoknya ada quiz dan test. Kini tibalah masanya ucapan dari YAB Datuk Seri Ali Rustam. UMMC dan Cycle-X semua duduk di meja yang betul-betul depan stage. Aku yang rabun ni pun boleh tengok misai En. Ali dengan jelas. Hehehe... Bukan apa, kitorang ni tunggu luckydraw yang tak habis-habis tu. Almost yang tunggu sampai habis kat situ mesti dapat punyalah. Paling best sape dapat basikal. Huhu! Untunglaaa....


Podium tak leh blah still 2010... sekarang 2012 laaa -___-"


Baca doa pun masing-masing still posing
Finally, bukan dari kalangan kami yang dapat basikal tu. Tapi puas hati lah masing-masing dapat hadiah. Event habis dalam 1:30 pagi. Masing-masing balik tidak bertangan kosong. Hati aku pun tak kosong sebab dah terisi. :)


Abang Boy: Weekend ni kita kayuh nak? Abang ada basikal lebih kat rumah.
Aku: Ok :)

MACAM MANA BOLEH TERJEBAK


Assalamualaikum...


Agak-agak nak dekat setengah tahun tak update blog. Last semester sangat busy sebab final sem dan aku sebuk dengan kelab basikal. Then hari ni baru la ada perasaan nak 'touch up' blog. Hehehe...

Lepas insiden aku kena extend, aku makin tabah (ayat tak bleh blah). Sampai je Melaka balik, sebak pulak lalu depan rumah sewa yang lama. Masih teringat housemates dah officially graded on time. Aku? Terpaksa tersangkut lagi dalam UiTM Melaka. Then sampailah di rumah sewa yang baru. Tapi still dalam taman yang sama; Taman Dimensi. Dulu rumah double story, sekarang single story je. Thank God housemates 5 orang je kali ni. Sangat selesa berbanding rumah lama. 2 orang junior termasuk aku in the same course and another 2 girls are Computer Science student.

Satu rumah ada lima orang je, tapi kereta ada empat. Waja, Citra, Honda dan Atos. Aku je yang tak ada kereta. Buat apa penuhkan rumah? So, boleh dikatakan setiap petang memang kitorang tak lekat dekat rumah. Segala jenis pantai kat Melaka kitorang redah. Pantai Klebang, Puteri, Kundor, Pengkalan Balak... semualah. Favourite kitorang semata-mata nak tengok sunset je. Indah ciptaan Tuhan. :)

Semua subject sem lepas aku belajar balik sem ni. Satu paper pun aku tak sit. Terpaksa! So, mostly lecturers yang sama balik ajar aku. Tebalkan muka. The best solution is duduk belakang dengan Topek. He is the only one boy dalam kelas DAIS 6B. The rest are gilrs. Sangat bosan! Then, all the lecturers will said 

"I kenal yang duduk belakang tu. So you guys if ada apa-apa nak tanya just ask her. Last sem I ajar kelas your senior ni. She's quit pretty good."

Bukan nak bangga diri ke apa. Macam kena perli setepek. Hello.... aku bukan repeater ok. Dalam database UiTM pun aku still part 6, bukan part 7. Even study twice, but still sit those paper for the first time. Duuuhhh~~ Ok, nevermind. Budak-budak ni pun dah lama kenal aku. Siapa tak kenal kakak NYDP DAIS yang garang ni? Ahh... forget it.

One day, lepas jawab quiz 1 for subject Finance aku, Syira dan Tiqa nak release tension dekat netball court. As ussual register dulu la nak pinjam bola. Then Abang Yazid datang dan ajak kitorang join ride Ahad minggu tu jugak. Dalam hati teringin sebab area Bandar Hilir, tapi bila disebut 25km kepala otak aku in the middle. Tapi nama dah masuk list. Ah, belasah jela. Bila lagi kan? Mana tau dapat lucky draw hamper. Alang-alang boleh tambah stock makanan kat rumah.

Sehari sebelum kayuhan, kitorang warmup dekat Kompleks Sukan Melaka. Bowling, kayak, wall climbing, karaoke, archery and the last but not least riding bicycle. Then paling haru bila aku terlupa, aku tak ada sport shoes. Hari dah malam. Mana nak cari? Terpaksa la kitorang rushing ke al-Ikhsan Masjid Tanah. Damn!! Kasut yang sesuai dengan aku harga RM179, pink colour. Terpaksa ikat perut seminggu semata-mata untuk di kaki? Itulah aku. Sanggup!

Tanggal 8 Januari 2012, kitorang join UMMC (UiTM Melaka Mtb Club) ride sama-sama dengan riders seluruh Melaka. Aku tak sure berapa ramai, mungkin dalam anggaran 2500 riders. Bermula hari ini lah aku berkenalan dengan sorang abang ni dari Cycle-X Alor Gajah Club. Nama dia aku tak tahu. Kami just borak pasal umur masing-masing je, tak banyak cakap. Orangnya sangat friendly. Masa ride aku dengan dia bersaing antara satu sama lain. Paling best follow belakang Marshall dengan harapan gambar kitorang masuk majalah RodaPantas. Hehehe....

Habis ride, baru la aku jumpa balik Syira dan Tiqa. Waahhh... Tiqa dah ada 'abang' time ride. Diorang sangat mesra. Aku dengan Syira pandang dari jauh je dan join lepak dengan UMMC sementara tunggu lucky draw dan makan. Maybe kitorang tak ada rezeki, balik bawak nasi ayam je. Hehehe... Masa tengah tunggu lori angkut basikal UiTM, sempat la kitorang borak-borak dengan salah sorang abang Cycle-X jugak; Cikgu Mahathir. Agak terkujat jugak la bila ada orang mention harga basikal dia yang kat atas Myvi BJS tu RM14k. Tersedak air yang aku minum. Mak datuk!! Mahalnya! Then bagi aku tamatlah penglibatan aku dalam basikal. Saja-saja nak join.

11 Januari 2012. Dalam Computer Lab.
Tiqa: Kak, add la Abang Boy.
Aku: Siapa Abang Boy?
Tiqa: Yang akak cerita tu. Akak kan ride sama-sama dengan dia.
Aku: Owwhh... Nick dia Boy ke? Tak nak lah. Bukan kenal pon.
Tiqa: Saya baru add dia. Dia dah approved dah pon.
Aku: Bila dia approved?
Tiqa: Semalam. Yang lain pon saya dah add.
Aku: Malas lah... Kita bukan join ride lagi lepas ni.

Dengan slumber aku pon blah ke meja Syira. Nak proceed project. Bila balik semula kat meja aku.....

"Thanks add :) " by Mohd Fizariza Yusop.

Sumpah aku tak kenal dan aku rasa aku tak add siapa-siapa pon.

Tiqa: Kak, tu lah Abang Boy. Hehehe...
Aku: Macam-macam la Tiqa ni. Ok, akak terima. ;)

Then aku dan Abang Boy keep continue chat and tukar-tukar fon number. Gottcha!! Petang tu aku, Syira dan Tiqah nak buat triple date kat Tampin. Hahaha... tu jelah tempat paling selamat dan orang lain yang dikenali tak ada.


Bila sampai di sana kitorang pickup Abang Rozie kat office, then jalan ke KFC. Kat sana Abang Boy dan Abang Madey dah tunggu. Maka, berlakulah perkara yang paling kalut aku nak tengok babak abang-abang Cycle-X ni terkejut kantoi. Jeng... jeng... jeng...


Abang Boy: Eh Rozie ape ko buat kat sini??
Abang Rozie: Ape pulak korang berdua buat kat sini??
(Abang Madey dah sengih-sengih sambil tepuk dahi)
Abang Boy: Budak-budak ni ajak jumpa.
Aku: Kitorang? Eh abang yang ajak kitorang keluar. Tuduh kitorang pulak.

Abang Madey: Malu siot...
Abang Rozie: Tak payah malu. Jom aku belanja KFC.


Lepas melantak KFC, kitorang gerak ke STARBOX. Seumur hidup aku belum pernah lagi karoke kat bilik besar. Selama ni masuk yang bayar RM1 per song je. Agak gerun jugaklah nak pegang mic. Tapi entah macam mana aku tak rasa gerun bila mic dah sampai kat tangan. Kebetulan pulak Abang Boy ajak berduet lagu 'Jangan Pisahkan by Deddy Dores ft. Mayang Sari'. Syira pulak ajak Abang Madey duet lagu 'Dunia Batinku by Ella ft. Tam Spider' then Tiqah dengan Abang Rozie amek lagu 'Permaidani'. Masa sejam dihabiskan untuk karok tu rasa sekejap sangat. Sebelum tamat waktu service, Abang Boy terus capai mic balik dan bisik kat aku. "Pernah dengar lagu Khalifah tak?" aku terpinga-pinga dan geleng kepala sambil jawab "Whiz Kalifa penah la dengar. Nigga." dengan selamber je muka.


Masa untuk lagu tu running. Starting dengar aku macam tak berminat lagu 'Ni Hao Ma' ni. Rock yang bingit bukan jiwa aku. Bila start lirik keluar, teruja pulak tiba-tiba.


Laju... Basikalku kayuh laju
........
Lim Siew Ping saya punya nama
Tinggal di Kampung Baru Cina
Umur 23 saya belum berpunya


Lagu tu dituju khas untuk aku. Sebab umur aku 23 dan aku kenal Abang Boy dengan joint KAYUHAN HISTORICAL MALACCA. Then kitorang share bluetooth lagu ni.


Maka, bermula lah episod baru aku untuk kali ini :)

APA PERASAAN BILA KOORDINATOR SURUH EXTEND SEBAB TERPAKSA KETIKA FINAL SEMESTER



Assalamualaikum guys....

Ni 1st time aku nak cerita pasal benda yang boleh down kan aku within 1 minute. Starting story macam ni;

Since 4-5 hari lepas aku dah rasa badan tak berapa nak sihat. Dedar likes on/off. So aku fikir just sebab penat study for final exam or cuaca tak berapa nak ok. So let it be. Then kemarin aku demam kaw-kaw panas. On that day aku puasa, tapi demam dah tahap kritikal time lepas zohor, aku nekad nak habiskan puasa sampai petang. Malam sebelum tu, aku perasan ada ulser dalam mulut. Bila aku call mak, she said "mak rasa kau ni panas dalam. Maklum la...musim kan tak menentu," ok fine, aku iye kan jela.


17 September 2011 (20:15)
Risau aku bermula masa nak mandi. Jeng...jeng...jeng...
"Ama!! Ni ape ni?"
Roomate aku dah tak keruan time tu. Muka dia risau habis.
"Eh badan kau kena chickenpox ke nok?"
"Hah? Wey aku nak exam wey.... camne ni wey..."
"Bukan kot... tu betul la kot effect panas dalam. Tapi kau gi jela mandi. Bagi segar badan tu. Tak de papelah tu."
Aku pun mandi sesuka hati. Tapi 2-3 dots kat badan tu aku tak kacau la. Tapi hati aku tetap tak sedap jugak nih. Disebabkan kepala sangat tingtong, meja study tolak tepi, aku pantas beradu lepas telan panadol 2 biji.

18 September 2011 (6:45)
Lepas solat subuh terus aku turun bawah dan basuh baju. sengaja buat banyak trip supaya aku banyak bergerak dan berpeluh. Dengan harapan demam aku sembuh terus. Orang kata jangan manjakan badan time demam, nanti lambat baik. Then aku nak mandi, DAMN!! Tetiba ada dots bertambah lagi 5-6. Seketul di kaki, besar punya! Ah, ini dah lain... Aku nekad nak pergi hospital jugak.

Lepas zohor Pia bawak aku ke Hospital Alor Gajah. Siap amek darah. Mak oih... besornye jarum. Terpaksa tabahkan hati dan redha je darah aku kena amek 1/2 picagari tu. Membazir..... Lepas dah buat cek darah, doktor kata darah aku normal. Belum ada tanda-tanda chickenpox. Temperature risau naik 50%!

Balik dari hospital badan aku panas mendadak. Bilik tak pasang kipas pun boleh pakai sweater. Then dots merah merata-rata tumbuh macam cendawan. Ah sudah... aku belasah je sapu ubat yang doktor bagi. Gatal dia, kemain lagi. Rasa nak pecahkan je semua. Nak hilangkan rasa tak selesa, aku study je cam orang sihat. Siap gelak-gelak tengok carry marks satu kelas. Then tidur sebab dah tak tahan gatal. Benda paling bangana aku buat ialah makan sup lembu sebelum tidur. Sumpah aku tak tahu daging pun pantang jugak.

19 September 2011
Bangun pagi cepat-cepat aku tengok muka kat cermin. TIDAAAKKK!!!! Dah ada another 5 dots pulex kat muka. Perrgghh~ kalau dah baik demam ni mesti muka aku dah tak kiut macam dulu. Tak pe...Tak pe... (T_T)
Then aku dapat agak, kalau esok aku datang dewan exam confirm pengawas tu tak bagi aku masuk. So, the best solution aku call koordinator a.k.a ABAH DAIS untuk dapatkan kepastian apa aku kena buat.

Tak lama lepas tu aku pon pergi ke klinik UiTM sebab nak mintak MC. Doktor bagi 10 hari. Then aku rush ke HEA sebab nak apply bilik simulasi. Apa yang aku dapat? Jawapan yang hampa daripada abang kaunter. "Saya rasa awak kena extend sem depan. Sekarang UiTM dah tak provide bilik simulasi. Tapi awak kena berbincang dengan En Daud dulu. Kejap lagi pihak atasan akan buat rush meeting untuk settlekan masalah ni. Tapi awak dah part 6, rugi la kan..." Sentap dan senak hati aku. Sabar jelah.

Ok, malas nak panjangkan cerita (sebab badan aku dah rimas sangat), En Daud call aku suruh extend je sem depan. Oh berjurai air mata aku. Bayangkan la, aku boleh grad dalam masa 3 minggu je lagi dari sekarang tapi dah bertukar ke 6 bulan which is masuk part 7. Eyewwhhh~ terpaksa! Mula-mula rasa macam nak marah sebab dia tak bagi aku sit exam. Bila dah kena slow talk baru la aku realise maybe ada hikmah di sebalik benda ni jadi. Macam orang tak ada iman pulak kan bila tak terima qada' dan qadar. Yes, memang aku tak akan grad on time, tapi maybe aku dapat result yang much better for the next sem. Who knows...

Ok then, aku nak kena bersiap dan kemas barang. Esok aku akan pulang ke rumah dan dijaga rapi oleh mak aku sendiri. Manakala housemate aku pulak terpaksa berperang dengan exam start petang esok sampai 9 Oktober 2011. Aku doakan diorang all the best!!


NIKMAT RAMADHAN DI RUMAH SEWA


Assalamualaikum....

Dah 10 hari kita berpuasa pada tahun ini kerana Allah taála. Senang je nak kira untuk tahun ni, just depends on date kat kalender kuda means 1 Ramadhan = 1 Ogos. So, bagi sape-sape yang 'MC' tu senang la nak kira berapa hari untuk redeem balik kan... hehehe

Opss... first of all aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan 1432 hijrah. Alamak... sangat typical la entry ni. Orang kata cliche. Itu tak penting, sebab kita sambut bulan puasa dan raya aidilfitri setahun sekali je. So, WTH ada orang nak kutuk-kutuk. Ok, never mind!

Memandangkan sem ni adalah final sem aku dan housemate aku berada di UiTM Melaka (insyaAllah), kitorang akan menggunakan peluang sebaik yang mungkin menikmati hari-hari bersama kat rumah sewa ni (ayat tak leh blah). Mane la tau lepas ni semua amek hala tuju sendiri-sendiri. Mesti ada yang amek full time study, part time study, terus kawen. Errkk?? Sape la tu kan. Yang penting bukan aku.

Start dari hari 1st puasa aku tak rasa bosan macam puasa kat hostel tahun lepas. Dulu nak sahur kena beli kat dining. Boleh dikira dengan jari je berapa kali beli kat sana. Yelah, kena embun sebelum imsak boleh buat perut masuk angin. Sekarang tak payah dah. Ada yang rajin masak kat dapur among kitorang ni. So, perasaan kekeluargaan tu wujud dalam rumah. Menu wajib ada mesti sardin, telur dadar, ayamas chrispy, tom yam dan sayur campur. Gempak tak? Sedap kot! Aku suka bangun sahur... ;)

Time berbuka lak mesti masak jugak. Iqa lah penasihat dapur, manakala Wany AJK nye. Sepanjang 10 hari berpuasa ni aku dah try masakan yang best2 macam spaghetti bolognese, udang goreng butter, etc. dan ada yang aku tak pernah makan before this like meehoonke dan ape tah, aku pon tak tau sebab aku tau makan je. Disebabkan aku suka makan, so tak de hal lah nak balun membalun.

Semalam besamaan 9 Ramdhan 1432 hijrah aku, Pia dan Wany ke Alor Gajah semata-mata nak beli pelita dan lampu kelip-kelip. Modal tak besar pon, sepuluh biji ada la dalam RM6.80. Saje je aku pilih yang tin sebab nampak la klasiknye. Minyak tanah pulak baru RM2.50 sebotol, aku beli 2 botol. Lampu lak untong ada yang panjang RM10++ tinggal sekotak. Cepat-cepat kebas terus.

Sampai je rumah, dengan tudung tak bukak lagi aku terus kerjakan pelita-pelita tu (excited sungguh!). Dah biasa tolong abah dulu kat kampung, so tak kekok la pasang benda remeh ni. Cina tu provide sumbu 5 je, padahal ada 10 biji. Takpe, towel good morning banyak gila kat stor. Cut and paste je jadi sumbu buatan. Then isi pulak dengan minyak tanah. Then sangkut kat pagar. 15 minit je dah settle. Malam karang tinggal bakar. Oppss...sekarang baru pukul 1.30 petang. Terlalu awal beb!

Bila petang, around pukul 6.30 kot aku pon turun la susun bali cantik-cantik kat pagar rumah. tetiba aku rasa macam banyak gila mata pandang aku. Aku pon toleh,

"Eh korang pon baru beli pelita ke? Beli kat mana?"
"Beli kat Alor Gajah kak, lepas kelas tadi. Hehehe.."
"Tiru nampak. Haaa... nanti korang sangkut kat pagar blah sini. nanti rumah kitorang terang sikit."
"Ala kak, kita share jela. Akak tak nak beli mercun ke?"
"Kalau bagi free akak nak la.. Hehehe"

Tapi nampak sangat dorang baru beli sebab before dorang gi kelas nampak pelita rumah kitorang dah tersangkot kat pagar. So, rasa tercabar la kot kan. Hahahaha... Huh, ada persaingan cam best lak. Then paling tak leh blah, rasa tak sabar nak berbuka bukan sebab nak makan, tapi tak sabar nak petik api kat sumbu pelita. Still nak lawan gak sape pasang dulu. Tiba waktu malam lak kitorang kena pergi kelas. Yang aku perasan sebelum pergi tu salah satu pelita dah padam. Kena tiup angin kot. Ah, lantaklah. Balik dari kelas pelita tu dah terpasang balik. OK FINE JIRAN SEBELAH BAIK.

Apa yang kitorang nak buat next episode during ramdhan is nak buat kuih buah melaka a.k.a onde-onde then nak bagi kat rumah sebelah dan classmate kitorang di lorong-lorong, ok tak?

Err...melalut sangat dah ni. So, dikesempatan ini nak mengucapkan selamat berpuasa di bulan ramdhan pada tahun ini kerana Allah taála kepada anda semua.

Wassalam....

~TAMMAT~
PEACE YAWW....

PANTANG LARANG ORANG MELAYU (boleh pakai ke?)


Assalamualaikum

lamanya tak masukkan entry. Baru ni la ada masa nak buat even last week mid-term break seminggu without any assignment. Saja nak lapangkan otak. Then now baru ada semangat nak buat sebab time cuti hari tu mak aku tak habis-habis cakap "Mase masak kat dapur jangan nak nyanyi, nanti dapat laki tua." Itu gurauan ke teguran? Aku paham sangat dengan mak aku ni, tak de maknanya dia nak menantu umur veteran (golongan emas) ni. So, dari situ aku terasa nak merungkai sebab musabab orang zaman dulu kreatif betul nak buat pantang larang.

Pantang larang ni dah bertapak kat bumi melayu since our nenek moyang kita. Dorang la yang generate idea pasal pantang memantang ni. Ada aje benda yang nak dihukumkan.

PANTANG 1
Refer pada statement yang mak aku cakap baru-baru ni, aku rasa tak masuk akal langsung. I repeat "Mase masak kat dapur jangan nyanyi, nanti dapat laki tua."

Dulu: time sekolah kalau mak aku cakap, mula la aku terbayang sorang laki tua terhendap-hendap curi tengok aku nyanyi kat dapur. Maybe suara aku sedap kot. Serta-merta radio bergerak switch off sendiri.

Sekarang : aku tak rasa asa orang nak buat cam tu. Ni mesti sebab kalau melalak kat dapur, kita memang tak ingat dunia. Then takut hanget lah ape yang dalam kuali dengan periuk. Bab dapat laki tua tu just nak takut-takutkan je. Sape nak?

PANTANG 2
Ok, yang ni aku baru dengar. Makan jangan guna pisau (makan western food), nanti laki kena culik orang." Eerr...seramnya. But girls u don't cry (ayat Nabil), untuk orang yang dah kawen je kot.

Dulu: Kawan aku cakap time makan guna pisau tu para laki dah nawaitu dalam diri "Gengster siot Minah ni. Kena taram plak karang dengan pisau dia. Baik aku blah carik gadis lain."

Sekarang: Bagi aku sangat bahaya kalau orang melayu makan guna benda-benda tajam ni. Almaklum la kita ni eastern bukan western. Dah biasa pakai tangan, dok gatal lak nak guna pisau. Salah cara, mau terkoyak mulut tu. Kurang hantaran, then jejaka pon dikebas (diculik) orang.

PANTANG 3
"Kalau nampak lipan kena cakap tulang ikan, kalau tak dia gigit", ni dah lama aku dengar. Masa tu nak mandi. Cantik je lipan tu jalan atas kaki aku. Then aku jerit LIPAN!! LIPAN!! Abah tolong!!

Dulu: Dah kena jampi ngan nama tulang ikan la tu. Then dia pon freez automatically. Yeke?

Sekarang: Maybe lipan tu keliru kot sampai pening. Dia tu lipan ke tulang ikan. That why la dia jalan tetiba slow macam sloth.

PANTANG 4
Kali ni berkenaan dengan duit $$$$. Aku bet ngan korang, sape tak pernah kira duit waktu malam? Mak aku cakap "Jangan kira duit waktu malam, nanti rezeki langsung tak dapat".

Dulu: Aku bayangkan malam-malam ada toyol try nak songlap duit yang tengah dikira kat atas lantai. Then dengan muka bangga si kenit ni curi semua duit.

Sekarang: Jangan difikirkan pasal toyolz tu. Orang zaman dulu cakap macam tu sebab dulu mana ada elektrik. Nak diharapkan lampu minyak tanah pun bukan terang mana. So, kalau duit terselit celah-celah lantai kayu pun kita tak nampak kan? Jadi masalah pulak esok siang nak kena audit satu rumah gara-gara kurang sepuluh sen. WTH??

PANTANG 5
Arwah pakcik aku pernah mention "Jangan duduk kat tangga (pintu rumah), nanti tak ade sape pon datang masok minang".

Dulu: Kelam kabut terus masuk rumah. Tak fikir panjang dah. Tak sanggup kalau jadi ANDARTU.

Sekarang: Kan macam kurang sopan je kan duduk kat tangga. Sekiranya gadis tu pakai kain? Haaa... tak terperanjat ke kepada sesiapa yang lalu kat bawah tangga secara sengaja or tak. Setahu aku, orang yang duduk kat tangga ni makcik-makcik yang tengah bergosip, cari kutu, dengan HANTU KAK LIMAH je. Sumpah jejaka tak kan pandang punya lah!

PANTANG 6
Time praktikal dulu aku duduk kat rumah kakak. Gadis solehah kan.... sentiasa dipaksa untuk belajar masak. Ada sekali tu aku salah potong timun. Start potong dari buntutnya. Kakak aku tepuk tangan aku then bilang "Jangan potong dari hujung, nanti kau bersalin songsang," Guulpp!

Dulu: Mesti soul timun tu dah sebati ngan jiwa si pemotong. Then Encik Timun tu nak balas balik sebab aku potong dia songsang.

Sekarang: Mana ada soul timun absorb dalam badan. Karut je tu. Kalau potong dari hujung ke pangkal akan jadi senget sikit la. Tak cantik kalau timun besar sebeleh even finally masuk perut jugak. If potong dari pangkal kan lagi senang nak hold benda panjang tu. Itu je sebabnya. Bukan apa pun. Tak payah risau lebih.

PANTANG 7
Memandangkan minggu depan dah puasa, aku ngan housemate pon gi la buat tour jalan-jalan cari makan kat area Melaka. Saje nak abeskan duit. Masa tengah makan kat HOT n ROLL, Iqa suruh aku tukar tempat duduk. Then Pia pon cakap "jangan tukar tempat time makan la, nanti kawin banyak kali"

Dulu: Macam-macam aku bayangkan kalau orang perempuan kawin banyak kali. Eyeewh... gaya macam laku kejap je. Kalau orang lelaki ni lain la, dorang memang kaya dengan sifat tamak. Oppss...

Sekarang: Biasalah tu, alat nak takut-takutkan orang. Sebenarnya takut tersenggol pinggan or cawan kat meja tumpah masa tengah tukar tempat. Dah satu hal pulak nak kemas balik. Kalau kat kedai pulak? Kena tahan malu la ye....
PANTANG 8
Sekolah agama aku dulu kat atas bukit. Sebelah Sebelah sekolah ada dua tasik kecil semulajadi. So, kalau hujan panas kejap mesti ada pelangi. Besar dan cantik sangat. Even selalu nampak, aku la paling jakun tunjuk pelangi tu. Kawan aku cakap "Jangan tunjuk pelangi dengan jari telunjuk, nanti jari kudung".

Dulu: Yelah, aku ikutkan jela cakap dia even dengar pon macam tak logic je. After ward aku tunjuk guna ibu jari. Sopan giler!!

Sekarang: Yang ni sampai sekarang aku tak tahu ape kes tak boleh guna jari telunjuk. Aku pon tak sure aku kena game dengan dia or what. Lagi pun sekarang dah lama aku tak nampak pelangi. So, aku belum pernah dengar dekat berita kes 'JARI KUDNG DISEBABKAN TUNJUK PELANGI'.

Bila fikir-fikir balik, orang zaman dulu buat pantang larang ni semua sebab nak jaga behave cucu cicit dia. Biasa lah manusia ni, lagi dilarang lagi dibuat. Ada pulak aku dengar orang kata bagi je buat contohnya;

Si ibu melarang anaknya main air

"Jangan la main air, karang basah satu rumah. Membazir jelah korang ni,"

memang confirm anak-anak dia puat tak peduli je.

Yang ni pulak kalau si ibu perli

"Hah, main la air tu. Biar basah satu rumah. Korang memang suka kan nak bersihkan balik??"

Dengan selamba dorang pon stop dan blah. Sebab kena perli baik punya.

So, inisiatif lain untuk melarang dengan mencipta pantang-pantang yang macam ni. Sebenarnya banyak lagi. Cukup la sekadar yang mampu. Aku pon dah ngantok sangat. Esok ada kelas pagi. So, akhir kata dari aku bersyukur lah korang sebab nenek moyang kita dah provide cara penjagaan adab dan behave kita sebenarnya, demi masa depan kita jugak.

TAMMAT
~PEACE YAWW~

SINGLE TAK MENGAPA.. KERANA?


Haishh...semalam small damaged kat TBS, then rushing to HUKM. Kaki bengkak je, tak patah even terlenyek bawah tayar kereta. Alhamdulillah kuat. So, aku dapat la MC dua hari which is, hari ni dan esok. Bila semua housemate aku pergi kelas, tinggal la aku sorang-sorang kat rumah. Nak buat apa lagi kalau meluahkan apa yang aku nak share dengan korang. Tak kan la nak baca novel, eyeewhhh...tak kuasa! Apa yang aku nak share kali ni ialah.....


Ramai gadis single yang aku perasan tak enjoy dengan life diorang. Bila umur dah makin meningkat, kerisauan terpancar kat muka masing-masing. Bila risau, tak seri la muka tu. Bila tak seri, macam mana orang nak terpikat. Bila tak dipikat, memang akan ANDARTU la kan? Ok, aku pon single. Hidup aku tak tertekan pon dengan masalah kurang kasih sayang oleh seorang lelaki yang bergelar BOYFIEEE. What the hell?

Apa yang korang perlukan adalah ENJOY. Yes enjoy. Why? Hey bukan enjoy yang bukan-bukan sampai luar tabi'i tu, I mean please agressive kan diri ikut surrounding. Dah besar panjang kan, so korang mesti tahu baik buruk semua perkara. Melainkan korang memang suka nak cari nahas. Huhuhu.. paham-paham jela. Mesti macam pelik je kan... apa benda la yang aku cuba nak sampaikan ni?

Read this. Apa yang korang perlukan try to show up yourself depan public. I mean bukan depan public phone or tiba-tiba berjoget lambak depan Pavy tak tentu hala. Oh no no no no... Mulakan dari yang kecil-kecil. Bermaksud? Maksudnya mulakan perubahan sikit demi sikit. Apa yang pening, jangan sombong. Thatz the key okay.


If korang ada ramai kawan, itu satu bonus besar punya. Tak kisah la kawan sekolah rendah ke, kawan sekolah menengah ke, kawan kampus ke, kawan tweet2 ke... janji kawan. Tapi kena ingat, keep in touch la selalu. Mana tau masing-masing muka berubah-ubah. Even tak jumpa depan mata kan kita boleh jumpa dalam alam maya a.k.a alam cyber. Bohong la kalau korang tak ada satu pon laman sosial. Paling busuk pon mesti ada emel. Kalau tak ada jugak, pergi la hidup kat zaman batu. Make it short, better search kawan-kawan lama korang kat facebook. Selalunya facebook ni tempat untuk orang-orang yang kita kenal. Type je nama dorang, kalau ada appear muka yang dikenali add je terus. Mana la tau dorang ajak buat reunion.


Bercakap mengenai reunion, haaaa.... mesti korang pernah tengok citer orang putih kan? Carik baju-baju cantik. Mekap bagi sweet. Set rambut. Set kuku. Apa lagi? macam-macam la kan? Waktu kemuncak paling best time masing-masing dah sampai dan kita boleh tengok muka masing-masing. Confirm punyalah masing-masing dah besar dan makin gorgeous dan handsome. Then time borak-borak mesti tak kan lepas punya bab tanya-tanya hal status masing-masing. Mana yang single jugak tu pergi la ushar dan borak lagi dalam. Mana tahu kot-kot sangkut.


Selain facebook, twitter pon boleh jugak. Tapi twitter ni more on kawan baru. Its ok, make it new in your life list. Pendapat aku orang dalam twitter ni ramai student, pemegang iphone 4, android, dan orang-orang keje opis sebab boleh update status all the time. Tweet punya tweet rupa-rupanya pernah jumpa (macam aku lah). 4 bulan lepas aku ada lepak kat mines dengan ex-roomate aku kat Mines. Hangout sekali dengan member twitter dia. Tak sangka lak selama aku dok tweet-tweet merupakan salah seorang daripada mereka. Now, kitorang baru realised. Cehh.... so, aku dah dapat kawan baru (tak baru sangat la).


Apa yang special untuk si SINGLE ialah:


SITUASI 1
Korang boleh keluar dengan mana-mana lelaki atau perempuan as kawan. Bagi aku tak salah selagi kita pegang prinsip "kita berkawan tapi tak buat perangai tak senonoh". Yes, sound like weird bagi yang dah berpunya but, baru couple belum nikah lagi. Setakat nak hangout sama-sama tak salah. Niatkan dalam hati 'aku nak keluar jalan-jalan sebagai kawan' dan perlu diingatkan jangan sekali-kali menyentuh kawan yang berlainan gender tu. Pegang tangan lagi la tak boleh. Ia mendatangkan syak wasangka bagi orang persekitaran. Mana tahu ada orang yang dikenali di mana-mana, kan? Yela, tak kan nak berkepit dengan partner je kan, sekali sekala keluar la dengan orang lain.


SITUASI 2
Kalau tak nak timbulkan masalah, korang keluar la dengan si single jugak. Saja lepak-lepak buat group WE ARE STILL SINGLE. Bila lepak ramai-ramai mesti terselit kisah diri masing-masing. Maka timbul lah situasi kongsi mengongsi masalah. Kan seronok. At the same time kita boleh kenal si single tu lebih lanjut. Mana tahu dia rupa-rupanya dah boleh jadi pelengkap hidup untuk akan datang.


SITUASI 3
Kenapa untungnya jadi single? Ada kaitan dengan dunia dan akhirat tau. Yeke? Yes, memang pon. Cuba tengok kawan-kawan korang yang dah couple. Mostly yang couple sangat standard la kalau pegang-pegang tangan. Cuba tengok kat mall, mana-mana yang berkepit pegang tangan tu couple la tu. Kalau tak pegang tangan tu mesti dah kawen. Selalunya macam tu lah. Apa hukum bagi bukan muhrim bila bersentuhan? Haram kan? Berdosa kan? Ok, lain pulak. Bila yang dah couple nak hangout dengan orang lain, tipu partner dia, berdosa kan?


SITUASI 4
Aku selalu dengar orang tua-tua espacially parents dan lecturer akan cakap "Dekat U ni la baru kita boleh cari partner hidup. Nanti bila dah kerja tak ada masa nak cari. Lastly u all akan jadi bujang terlajak and andartu", sikit pon aku tak sentap. WTH?? Habis, semua workers kat Malaysia ni perempuan ke? Lelaki ak ada? Impossible! Tak semestinya jodoh kita within the same feild. Orang yang terlanggar kita depan bus stand pon boleh jadi. Kunfayakun....


SITUASI 5
Masih lagi di pengajian tinggi punya cerita. Bagi aku bercinta time belajar is not really practical because ia akan mengganggu mood nak study. Ok, mesti ada yang tak setuju ni. Lain orang lain cara k. Ni blog aku, suka hati la nak type apa. Cuba bayangkan every sem ada 6 subject. Satu pon subject tak ada excuse untuk tak ambik dan semua akan ke final paper. Hangen wey.. tension. Time study tu jugak lah si partner tetibe nak ajak gaduh. Hal kecik je boleh buat kecoh. Texting sambil study? WTH? Masuk ke kat kepala otak tu? Kalau dah biasa never mind la, ni yang siap nangis dan assignment pon delay. Wey, kau nak postpon sampai bila tu? So, tak practical. Eyeewwhhh~~


So, aku tak pernah rasa hina bila umur aku dah 22 tahun pon masih belum berpunya. Bukan masalah tak ada yang nak , setakat ni ada la dalam 7 orang yang cuba nak tukar status single aku ni, tapi belum masa aku nak ada komitmen yang agak leceh tu. Mana la tahu dapat boyfie panas baran dan pengkongkong? Memang tak la.... Study biar mantap untuk diri sendiri. Untuk menyeronokkan diri aku, aku keluar je dengan siapa-siapa yang aku kenal. Semuanya kawan-kawan yang aku jumpa kat previous schools, PLKN, matrix and many more. At least tak ada la aku keluar only with one person only like COUPLE! Then aku boleh kenal typo lelaki ni macam mana. Yela, selalunya lelaki akan menkonklusi hal perempuan. Apa salahnya untuk perempuan tilik typo lelaki. Di situ, baru kita boleh buat pilihan, lelaki mana yang patut di GRAB. Yes, grab biar tepat la. Jangan la grab syok sendiri and finally diri binasa. Thats all frm me.


~TAMMAT~
PEACE YAWW
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...