CIK BERTIH BERAS

ADA APA DALAM NI?

Hye guys! Aku nye blog ni more kpd story yg ade kt around aku. Sometimes bnde ni pon kene gak kat batang idong sendiri. Hehehe... So, aku rase ok jugak la kn nak share ngan org ramai. Kadg2 sound like stupid, but ape yg aku type dalam blog are normal things. So, pade sape2 yg agak touching ngn aku nih, tolg2 la delete perasaan tuh. Pling bagus, spam trus jela.. Aku harap enjoy la ye.. Huhuhu~ GOTTCHA!!

JENIS-JENIS TOYOL KETIKA TEST


Apa itu toyol? Hantu? Makhluk halus? Budak botak perut boncet? Si kecil yang hijau? Berseluar katok? Hanya tahu kacang hijau? Yang berkenaan itu ialah iblis yang mengganggu manusia khalifah di dunia ini. 'TOYOL' yang ingin dikongsikan ini bagi students especially IPTA/IPTS lain sifatnya. Macam-macam jenis. Semakin dunia teknologi melonjak naik, maka semakin banyak jugaklah jenis-jenis toyol tercipta di muka bumi ini. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Arakian, tersebarlah toyol-toyol tersebut ke IPTA/IPTS di seluruh Malaysia khususnya.
*apa aku mengarut ni?*

Hasil pengarutan toyol di atas adalah sejenis makhluk soft/hardcopy. Bunyi macam berteknologi kan? Memang pun. Hehehehe... Tapi aku yakin, tak semua orang mampu buat benda ni atas beberapa faktor:

1) Takut kantoi dengan lecturers atau cikgu akan toyol tersebut
2) Student yang baik tak akan buat perkara keji seperti 'membela' toyol
3) Tak reti / tak kreatif menghasilkan toyol yang pelbagai
4) Tak tahu bagaimana toyol ini digunakan
5) Pembaris sangat sampai tak pernah tahu kewujudan toyol

Kali ni saja nak share beberapa jenis toyol yang pernah aku buat start zaman sekolah menengah dulu. Bukan ada siapa-siapa yang ajar atau mempengaruhi. Ini semua atas kerelaan sendiri dan idea bengong lagi bernas aku untuk melepaskan diri. Ini bukan jahat, tapi lebih difokuskan dengan word 'NAKAL'. I like that. hehehe




TEKTIK 1: FACE LANGUAGE

Tektik ni tercipta semasa aku nak exam akhir tahun masa form 2. Kalau tak silap time tu nak paper math. Kawan aku ni lemah sikit nak jawab paper 1. So, lagi beberapa minit exam nak start aku pon bagi idea bangang kat dia. Kali ni sebab aku dah tak tau cara macam mana nak tolong dia. Kawan kaaannn.. cikgu cakap tak baik kedekut ilmu. Hahaha..

member: Wey tolong aku eh nanti kat dalam.
aku: Camne erk. Jap aku tengah pikir.
member: Alaa.. nanti ko tunjuk la sikit paper ko tu.
aku: Banyak cantik muka kau. Karang aku yang kena. Macam ni la....
bila aku garu dahi = A
bila aku garu hidung = B
bila aku garu mulut = C
bila aku garu dagu = D

Maka, berjalan lancar lah rancangan kami berdua. Akan tetapi usai sahaja exam habis,

cikgu: Qila, tunggu kejap. Jangan rehat dulu. Cikgu ada benda nak tanya ni.
aku: Ye cikgu. Ada apa ye?
cikgu: Cikgu nampak tadi kamu garu-garu muka, kenapa ya?
aku: Saya kalau gemuruh time exam memang muka jadi gatal. Tak senang  duduk tengok soalan. Hehehehe...(muka control)
cikgu: Owh yeke. Lepas ni time exam baca doa banyak-banyak ye. Relax sikit.
SELAMAT!

TEKNIK 2: LENTOK, MIMING & JARI

Agak bahaya sikit. Kalau kantoi memang parah. Yang ni tak bagus sangat sebab nak kena banyak cover, peeerrrgghhh..... memang payah lah. Asik nak jaga line je. Agak merugikan masa. Tapi kalau menjadi, hasilnya memang senyum sampai ke kening. Standard la time exam mesti student nak ke belakang. Aku tak macam tu. Lagi prefer duduk dekat tepi tingkap. Motif? Boleh tengok movement cikgu 180 degree only. kalau duduk tengah, 360 degree kena alert. Aku tak alert sekeliling... Bila cikgu pandang tingkap, aku pun letak kepala dekat meja. Pssstt... pssstt... jari pulak tunjuk '2' dan '3' means soalan 23 la tu. Si kawan kena miming word by word. Kena faham apa dia cakap memang leceh. Finally tulis besar-besar kat belakang kertas soalan je. Dengan pantas aku menyalin jawapan. Entah betul entah tidak. Janji paper ada tulisan. Agak selalu jugak guna style ni. Tapi dalam keadaan terdesak jela.
DANGER!

TEKNIK 3: CALCULATOR

Zaman PMR semua formula aku hafal. Naik SPM, formula add math, chemy dengan physic memang tak la kan nak hafal semua. 3 subjects yang paling aku anti. Actually cikgu-cikgi yang anti aku. Malam sebelum exam, macam biasa lah buat study group kononnya. Nampak macam budak baik. Masuk je dalam bilik, hahahahaha... mulakan operasi menconteng calculator. Cover, depan, buttons, semua ada formula. Ada pulak tu boleh save dalam calculator. Aku pun dah tak ingat buat macam mana. Berzaman dahh.... Carbon mechanical pencil tu macam mantul je bila kena cahaya. So, bila nak tengok formula time exam kena senget sikit dekat cahaya. Ramai sangat yang buat macam ni kan... Alaaahhhaiii... Mengaku sajalah. Masa kat U pun berkoyan yang buat. Akan tetapi, semenjak tahun lepas kot pihak U tak bagi student bawak cover masuk dewan. Hahahaha.... ni mesti dah ada yang pernah kantoi. Takpe, belakang pun boleh guna. Kehkehkeh.... Tapi payah sikit la nak golek-golek je.


Inilah calculator yang pernah berkhidmat simpan toyol



Akan tetapi aku bijak sikit. Biasanya paper dah tersedia atas meja. So, aku guna peluang yang ada. Sebelum tangan ni mengada-ngada nak isi attendance form, aku akan salin balik semua formula belakang calculator tu dekat belakang question paper. Tak pun dekat depan pun boleh. Alaa... pengawas tu bukan nak marah pun. Mesti dia ingat "Owwhh budak ni tengah ingat formula kot..." Kita conteng atas paper dalam dewan, bukan bawak paper dari luar. tak gitu? then cepat-cepat la padam yang dekat calculator tu. Guna jari pon boleh. Padam bukti. Hehehehe... Finally jawab exam dengan tenang dan gembira. Hahahahahaha....
TROLLLL



TEKNIK 4: OPEN BOOK JARAK JAUH

Tak sure yang ni orang lain pernah buat ke tidak. Maklum sajalah, mula-mula masuk U handphone tak canggih mana. Setakat NOKIA 110i yang warna biru tu. Dah arwah phone aku tu, pecah depan belakang. Arwah baik orangnya. Phone tu mana boleh save note banyak-banyak. Memory full terus! So, aku sebagai ketua pentiru sentiasa ada jalan.

Seingat aku, time tu part 3. Dalam bilik aku ada senior part 6 in the same faculty but different course. Even dia senior, tetapi kaum majority part 3 buli dia. Hehehe... time test phone tak kisah ada atas meja. Janji silent. Bukan off ok. I repeat, lecturer kata "PLEASE SILENT YOUR PHONE". Aku akan message senior tu soalan, dia akan bagi jawapan. Dalam bilik tu, aku dah siap sediakan 4 buku yang telah terselak dengan page berkaitan. Hal ini memudahkan beliau mencari maklumat dan text aku jawapan yang betul dan saksama.

1 massage received. Tak fikir panjang, forward je kat kawan-kawan. Cikgu kat sekolah dulu pesan tak baik kedekut ilmu. :-)
IT'S WORK!!

TEKTIK 4: FORWARD MOOD

Semua orang akan mengeluh bila muncul mid term. Test 1 untuk semua subjects boleh dikatakan akan berturut-turut. Mana dan nak study semua (alasan). Even dah baca pun kadang-kadang boleh terlupa. Jadi, dengan kudrat yang ada kami akan save dalam phone which is in notes folder. Opss... lupa nak bagitahu yang ketika itu phone dah canggih sikit lepas masing-masing dah praktikal. Tapi time masuk kelas masing-masing buat muka cuak je. Puiiihh~~ lakonan semata-mata.

Test bermula. Lecturer di depan. Phone di celah kangkang. Bukan aku nak melucah, tapi ni reality. Yang ni sama jela dengan toyol jenis paper. Beza cuma ni digital sikit. Kelebihannya adalah boleh forward kat kawan-kawan. Siap ada pesanan lagi kat hujung message tu...
p/s: nanti pandai-pandai la tukar sikit ayat tu. Kalau sama kantoi pulak.

Itu la seronoknya bila dapat member satu kepala. Tapi dalam satu kelompok tak pernah ada yang otak parallel. Bagi mereka, kalau meniru belajar tak berkat. Tapi golongan minor je. Jangan kotori pemikiran dan kebaikan mereka. :)
GOOD JOB!

TEKTIK 5: SNAP PICTURES

Nice! Mentang-mentang phone masing-masing resolution kemain hebat. Semua note di'snap'. Siap ada special folder lagi. Dah macam camera DSLR. Clear... Terang... Jelas... Majority phone semua touch screen! Lantak la tulisan kecik mana pon. Bila zoom zoom hama atas paper pun boleh nampak (nampak beno nipunye). Cantik je phone letak atas peha. Tak jatuh beb! Kadang-kadang celah paper. Paling selamat dalam pencil case. 

one of the....


Kali ni tak payah bazir credit nak forward sana sini. Cukup lah sekadar bluetooth. Nasib baik si 'GigiBiru' boleh connect within 10 feet area. Siapa-siapa yang tak berkesempatan nak snap or phone resolution tak clear akan request bluetooth. Zaaappp... Zaaappp... Zaaappp... Settle! Pandai-pandai la korang nak hidup dengan foto-foto digital itu. Hahahahaha...
MISSION COMPLETED!

TEKTIK 6: ON DESKTOP

Tak semua course merasa test dalam lab computer. Tapi course aku memang ada kena mengena dengan computer. Nama pon Accounting Information System. Dipendekkan cerita, lecturer aku ni suka buat time lab. Tak ingat la pulak sebab apa. Aku pon suka!! Hehehe... Usually lecturers dah prepare note dalam i-learn. Kita as students tinggal ambik je. Rezeki depan mata. Tak payah pening-pening nak cipta toyol. Bonus tu. Maka, dalam tangan dah ada softcopy.

During test, she said "I tak nak tengok ada pendrive dekat CPU". Apadehal... copy paste jela toyol dekat desktop untuk sementara waktu, then cabut pendrive tu. Hikhikhik... Lab pulak jenis computer bawah meja yang bercermin tu. Memang bonus vaganza! Jawab dengan senyum panjang lebar semua orang.

Kadang-kadang siap boleh online kalau ada lab test. Facebook adalah medium utama. Masing-masing off chat, but still boleh send dekat message. Kalau tak, kantoi laa... Sebab we all ada fb lecturer. Hihihi bijak.. bijak..
NOTTY!

TEKTIK 7: PHONE & TOILET

Yang ni aku tak pernah buat, tapi acap kali nampak student lain buat. Benda ni berlaku masa aku part 3 jugak. Classmate aku ni tak study la kot. Biasa la, boy kan. Bukan amik kisah pasal final. Selalu jugak aku curik-curik intai transkrip jawapan dia. Mak datuk!!! Kosong!! Memang tak ada tulisan satu pon. Yang aku nampak dia resah sambil goyang-goyang kaki. Tak boleh jawab ke bang?? Hahahahaha....

Then aku nampak dia bangun. Aku tau dalam jeans dia ada phone. Ingat aku tak nampak. Apa dia kisah pon kan. Happy je dia pergi ke toilet lepas isi form hijau tu. Yang aku perasan agak lama jugak la dia ke toilet. Time final pon aku sempat busy body. Hahahaha... Tak lama lepas tu dia balik meja muka senyum-senyum pandang aku. Cisss... Pantas betul dia jawab soalan yang aku kira macam firaun tu. "Lu dah buat hati wa terbakar ni bai... Wa lupa buat toyol.. Cilakak!!!"
I'M NOT -___-"

TEKTIK 8: SPEAK & RECORD

Paling latest jenis toyol yang aku hasilkan. Speak and record. Malam sebelum test aku akan carik tempat paling sunyi untuk record suara. Bunyik kipas pun tak nak. Setiap word kena sebut dengan jelas dan nyata. Sangkut sikit pun tak boleh. Kalau tergagap, terpaksa record sekali lagi. Mana datang idea ni pun aku tak tahu. Tapi yang ni hanya perempuan jela boleh buat. Senjata utama ialah earphone! Sebelum masuk dewan siap-siap dah pakai earphone. Wire sorok dalam baju. Telinga tak de siapa nampak.

Semua recorded voices tu aku buat playlist kat phone. Nanti tak de la tetiba dengar lagu pulak kan. Siap boleh next lagi. Setiap kelebihan ada kelemahan. Cewwaahhh... rasanya record tu dah slow habis, tapi nak menyalin balik masa jawab paper, kemain lagi tak sempat. Kadang-kadang terlopong je jawapan aku tu. Satu masa tu hampir terkantoi...

lecturer: Kenapa jawapan U tu rongak-rongak?
aku: Saya lupa pulak word tu. Nanti saya akan ingat balik.
lecturer: Dah macam fill in the blank pulak I tengok.
aku: Yeke? Tak adalah. Saya kalau jawab memang macam ni selalunya.
lecturer: Alaa.... U jawab ayat lebih kurang dah la... I faham. Tak payah hafal sangat..

Perrgghh... disebabkan lecturer tu menyebok sekejap, lari terus record aku. Dah masuk chapter sebelah. nasib balik boleh rewind. Yang penting tak kantoi.
SMART!

Ni jelah yang aku boleh share. Sebenarnya ada lagi 3 tektik. Tapi tak payah kot sebab agak memalukan diri sendiri dan berlaku depan mata sendiri bahawasanya ada salah seorang sahabat yang kantoi. Daripada nak buat, terus tak jadi nak buat.

Jadi, aku harap tidak adalah yang meniru aksi-aksi tersebut kepada yang belum pernah buat. Seriously memang tak berkat. Walaupun subject tu kita dapat A, tapi pointer tak dekan pon. Hampir-hampir je. Budak-budak yang dekan mana ada buat kerja keji macam ni. ALLAH MAHA ADIL. Setiap hambaNya akan mendapat balasan yang setimpal dengan setiap perbuatan kita sama ada baik mahupun nakal. Alhamdulillah, senakal-nakal aku, akhirnya habis jugak study dan jadi orang. :-)

Kepada yang bakal menduduki peperiksaan, aku doakan yang terbaik untuk anda semua.

1 comments:

mijae said...

peh yg kalkulator tu baik buat sms ke oke gak

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...