CIK BERTIH BERAS

ADA APA DALAM NI?

Hye guys! Aku nye blog ni more kpd story yg ade kt around aku. Sometimes bnde ni pon kene gak kat batang idong sendiri. Hehehe... So, aku rase ok jugak la kn nak share ngan org ramai. Kadg2 sound like stupid, but ape yg aku type dalam blog are normal things. So, pade sape2 yg agak touching ngn aku nih, tolg2 la delete perasaan tuh. Pling bagus, spam trus jela.. Aku harap enjoy la ye.. Huhuhu~ GOTTCHA!!

SELAMAT HARI BAPA


Assalamualaikum...

HAPPY FATHER'S DAY TO MY DAD!! Ila sayang abah sangat-sangat. Itu tak bermakna aku sayang abah masa hari keramat ni sahaja. Ok, as we know every year punya sambutan Hari Bapa tarikh tak sama. Setiap negara ikut suka je bila nak celebrate, janji bulan 6. So, Malaysia pulak celebrate semalam (19th June 2011, Ahad). Aku berharap sangat hari Isnin cuti if kerajaan anggap Hari Bapa sebagai cuti am. Jangan berangan plishhh~ ia tak akan berlaku!

Neway, aku dah call abah malam tadi. Sound memang la like eeii... lambatnya wish. Alah nama pon still student, then foket money pon tak berapa nak ramai. So, topup telefon bimbit aku berlaku sebulan 2 kali je. The conclusion is, aku baru topup malam tadi. Sangat jimat kan? Well, aku guna untuk benda-benda penting je. Nak texting as 'saja-saja' dah tak rajin macam zaman aku sekolah kat MRSM tu. Eh, ni dah jauh merewang. Ok, aku wish abah time aku dinner dengan member housemate kat Restoran Borhan. Yela tunggu makanan tak sampai-sampai lagi. Ohhooww... Abah still pakai lagi CRT yang aku belikan tu (tapi guna credit abah) hehehe... Berikut ialah perbualan anak-beranak.

aku: Hello, assalamualaikum...

abah: Hello, waalaikumussalam... Ila sehat?

aku: Sehat, alahamdulillah.. Abah dengan mak?

abah: Sehat je... Terima kasih ucap untuk abah.

aku: Ila tak cakap lagi pon. Laju betul abah ni.

abah: Ala, abah tau Ila nak cakap apa. Memang abah nak cepat ni.

aku: Selamat Hari Abah. Ila sayang abah tau. Abah nak gi mana?

abah: Terima kasih lagi. Abah nak gi surau ni. Nak cakap dengan mak ke? Tapi mak tidur.

aku: Takpelah. Abah kirim assalam je kat mak ye. Assalamulaikum.

abah: Walaikumussalam. Jaga diri elok-elok.

aku: Oraite daddy... ;)
Abah bersongkok (paling hensem)

Yes, aku memang manja dengan abah. Seumur hidup abah tak pernah pukul aku pon, tapi pernah cubit peha. Hahahaha.... sebab panjat dan gayut dekat ampaian baju sampai dawai putus. So, my 8 seniors semua tak puas hati. Dulu masa diorang kecik-kecik abah sangat garang. Buat salah sikit memang kena. Salah tajwid masa ngaji kaki wajib kena libas dengan tasbih. Bila time aku ngaji dengan abah sekali pon tak pernah kena. Tapi bila abah suruh ulang tajwid yang salah banyak kali mata aku akan bergenang. Rasa-rasa betul la aku baca tu, tapi still salah dekat telinga abah. Since hari tu, bila mak 'cuti' je, aku pon nak cuti ngaji. Tapi solat berjemaah tak cuti. Mula la buat-buat tertidur awal lepas maghrib. Tak pon lepas solat maghrib berjemaah, "Abah, Ila lapar sangat. Sampai tak larat nak ngaji. Ila nak makan dulu boleh?" abah senyum dan angguk je. Yahooo!! I repeat.. yahoo!! Aku pon makan sampai dengar beduk masuk waktu isyak. Sebab apa? Sebab abah akan ke surau berjemaah dengan orang surau pulak.


Even jarak umur aku dan adik-beradik yang lain agak jauh jugak la. Abang atas aku beza lima tahun. Then kakak atas abang beza 7 tahun, so yang atas-atas lagi jauh la gamaknya. Bila diorang besar, aku kecik lagi. Tinggal kat rumah bertiga jela (aku, abah, dan mak) lepas abang masuk asrama. Kasih sayang abah memang direct kat aku. Masa aku darjah 1, aku ada anak buah yang lagi tua dua tahun dari aku. Senang cerita dia darjah 3 dan abang aku darjah 6. Setiap kali nak pergi sekolah diorang kena mandi dulu sebelum aku bangun. Alasan? Yela, tak kan la nak mandi sama-sama pulak kan. After diorang mandi, abah akan gerak aku untuk mandi. Mak oi... susahnya mata nak bukak. Then abah dukung aku kat belakang. See, manja kan? Hal ni berlarutan sampai aku darjah 3. Mak tak boleh nak gerak sebab mak pergi kerja pukul 6:30 pagi. Jadi, abah lah yang jaga hal kat rumah.


Disebabkan abah peneroka FELDA, ikut suka je nak pergi kebun pukul berapa. Seronok tau ikut abah pergi kebun. Umur empat tahun abah dah bawak aku ke kebun. Aku tak kesah sorang-sorang, janji dapat main pacat. Sebelum gerak dari rumah abah sembur BAYGON kat kaki. Untuk apa, nanti aku story. Tiba je kat sana abah bentang guni dekat tepi lorong (tak reti nak explain. Siapa pernah ke kebun sawit tau la kot) untuk aku duduk dan main pacat, DING DANG & TORA  sebelum abah mengait dan membaja. Aktiviti lain yang aku buat ialah cabut anak benih. Bila tarik akar pon keluar. Kalau bernasib baik, keluar la sekali biji benih tu. Kalau tak, terpaksa la korek tanah. Ok, biji ni aku pecahkan dengan batu. Dalam dia ada isi warna putih dan boleh makan. Nak sedap lagi kena bakar. Tapi aku tak makan, aku kumpul banyak-banyak dan bawak balik. Bila petang, aku pergi rumah member lorong dan ajak bakar sama-sama. Seronok!! Diorang tak boleh buat sebab diorang semua sekolah. Kira, aku la paling kecil dan kiut.


Lunch time!! Abah masak nasi je. Mak yang masak lauk sebelum pergi kerja. Balik dari kebun abah masak nasi tu mesti air lebih sikit. Agak-agak dah mendidih, abah kaut air tu sikit. Nama air tu air kanji dan nak sedap tambah gula secukup lazat. Abah cakap elok untuk budak baik macam aku. Hehehe... Cuba mintak lagi sekarang, mesti abah cakap "Kan dah besar, buat la sendiri," sengih je mampu ku lakukan. Abah korang ada buat? Tak de kan? Maybe abah korang lebih ber'dana' dan mampu belikan apa-apa yang mewah kot. Tapi aku tetap nak kata abah MUNJIAT paling power untuk MUNJIATRIAN.


Bila umur dah menjangkau 71 tahun ni, alhamdulillah abah tak de penyakit kronik. Setakat demam-demam manja tu ada la. Bila anak-anak balik sehat. Aku harap Allah swt panjangkanlah umur beliau hendakNya. Masih gagah lagi ke kebun. Tekanan darah tinggi pun makin berkurang. Dengan doa dan harapan, abah akan jadi wali aku bila aku bersedia mahu berumahtangga dan sempat dukung cucu bongsu hasilan aku. Waahhh.... Jauhnya aku berangan. Siapa la gerangan bakal suami aku tu ye? Ahhh.... malas nak fikir. Apa-apa pun aku sayang abah dunia akhirat.


TAMMAT KISAH ABAH DAN ANAK BONGSUNYA
PEACE YAWW~ ;p

LIKE AN EMPTY SHOE


DAMN!! Hehehe... Last month tak ade entry langsung. Too ZERO~~ Ape nak buat, nak masukkan entry pon weekend je.Nak buek camno? Asal weekend yo den ado function. Ado konduri kawen lah... Ado celeb birthday den lah... Ado modul dokek UiTM Melako lah... Balik kampong omak abah lah... Adoooiii. Tak kan la lopeh balik opis den nak online. Menyondol bantal laei sodap. Ah bughak yo.. Padahal maleh nak update hah.

Kali ni nak cito pasal mimpi den yang polik-polik yoo... Siap ado babak laei ni hah. Saksikanlah kemerepekkan yang makin monjadi-jadi. Haduuiiihh~

BABAK 1
Ada satu suara bergema kat telinga. Muka tak nampak, tapi aku tau dia siapa. Jin Hijau yang dalam iklan POWER ROOT tu. Dia cakap macam ni, "Kau nak mimpi tak? Aku nak bagi ni. Tak payah la nak segan-segan. Aku tak mintak charge pon". Eh cam siot je kan ayat dia. Pantang dicabar sebelum berundur. Cehh~ Aku pun balun la nak gak masuk dalam mimpi tu. Mana la tau aku dapat petunjuk ape-ape ke.

Depan muka aku ni keluarlah asap berkepul-kepul. PLINK~ Aku dalam opis REZDWAN & CO. Masa tu aku sebuk main photostate machine. Then banyak gila paper sangkut dekat roller tab. Mati la aku jap lagi... Dengan shy-shy cat aku mintak tulun Kak Rozie betulkan mesin godang tu. "Ila jangan buat hal. Evaluation Ila ade kat akak lagi." Umang ai.. Dia ugut aku beb!

"Arrgghh!! Aku tak nak mimpi ni!!" Aku jerit sekuat hati sambil pejam mata.
"Ok, ok. Aku mintak maap. Aku bagi mimpi lain plak k." ceh, pujuk la konon si Jin ni. Tak pe, aku terima je.

BABAK 2
Weeennngggg!!!! Bingit telinga! Apa kejadah pulak bising-bising depan rumah ni? Konon macam orang marah la bukak pintu tanpa berfikir panjang. Buuuk! Pintu langgar dinding. Umang aih! Bila masa lak depan rumah aku ni ada simpang empat? Mak oooiii.... ramainya mat-mat repit yang dikepit chia-chia. Kenapa bukan rumah orang? Ah sudah... ni dah kes lain macam ni. Dari jauh aku nampak Noor Khiriah dengan Fiz Fairus terkedek-kedek lari ke arah aku. Eh, bila masa lak aku jadi member dengan bebudak ni? Pelakon tu beb! Ahhh.... Layankan jela.


Noor Khiriah: Der, jom la join kitorang kat sane...
Aku: Perlu ke aku ke sane? Eh korang ni kenal aku ke?
Fiz Fairus: Huk aloh minah ni.. Aku sebat jugak kang. Woi ko ni pehal ha lupe kat kitorang?


Sedang aku terpinga-pinga, dorang pon tarik tangan aku macam la aku ni orang terlepas wad gila. Aku pon meronta-ronta mintak dilepaskan. "Aaaarrhhgg!!! Mimpi ni tak best pon jin! Aku tak nak!!". Hangen betol la ngan makhluk hijau ni. Cuba la bagi aku mimpi yang extra extream sikit. Yang dia bagi semua macam copy past movie-movie Melayu je. BOHSAN!! "Ok, ok, ok... Kau nak extream kan? Kali ni aku jamin kau mesti tak nak mimpi ape-ape dah lepas ni," belagak betol ayat dia....


BABAK 3
Asap berkepul-kepul lagi (alah, asap-asap yang guna ais kering tu). Tatkala membuka mata, aku jadi hairan kenapa aku ada kat padang yang luas. No wonder la ni kan mimpi, ape nak diherankan? Ok, aku kena chill. Tutup mata, tarik nafas dalam-dalam dan buka mata. Maaaaakkkk!!!! Terkezut gila bila aku nampak sekeliling aku banyak gila hantu jembalang vampire polong toyol dan sewaktu dengannya. Kali ni la baru aku sedar betapa berlagaknya aku tadi kata mimpi pemberian jin hijau semua tak best langsung. Nah kau dia bagi yang super duper extream la bagi aku yang pengecut ni kan. Menangis gila kentang la time tu sebab takut punya pasal. Hantu-hantu ni pon pandai lak dorang berlakon sakat-menyakat aku. Hampes...


Dulu aku pernah tengok cerita KEKASIHKU SERU pon ada babak-babak hijab kena bukak. Tapi hantu dia tak banyak bersepah-sepah at the same time. Kejap kat sana kejap kat sini. Tapi yang dalam mimpi aku ni 1% of my eye side je yang tak ada hantu. Damn! Bayangkan la... Bekoyan-koyan rupanya benda itu (makhluk halus) ada kat sekeliling kita sebenarnya. Even tengah nangis-nangis tu aku sempat jugak la gelak sebab ada sepasang kekasih (hantu) ni dorang gaduh and putuskan tangan masing-masing. Part paling tak leh blah bila si betina kejar si jantan sambil melibas ponggong si jantan dengan tangan yang tercabut sebelah. Eh, boleh bayangkan tak? Kalau tak boleh never mind.


Kali ni baru aku sedar dunia Allah ni bukan je meliputi tangible a.k.a yang boleh kita nampak, tapi yang intangible pon ada je kat sebelah kita. Memang kita tak nampak tapi sometimes kita boleh rasa dorang bila bulu roma kita meremang. Hehehehe... Yeke? Only my theory okay...


"Jin, aku merayu kat kau... habiskan lah mimpi aku ni. Aku tak sanggup nak tengok lama-lama," teresak-esak aku menangis. Jin hijau ni pon senyum sinis je kat aku. Dah la muka macam baragas, ada hati nak jadi my dream supplier. Nak je aku cubit-cubit perut dia sampai kempis. Air mata aku makin laju bila hantu-hantu sekalian usik-usik manja kaki dan bahu aku. Lempang seko-seko baru tau. Dengan sekelip mata je tiba-tiba aku dengar suara-suara nyaring yang aku selalu dengar setiap subuh. "Dah pukul berapa ni Ila oii... Solat subuh sana. Kakak nak siap gi sekolah ni. Kau jangan nak tidur balik pulak. BANGUN!!!!", terpisat-pisat aku nak buka mata. Eh, mata aku berair. Ok, this is my 1st time nangis sambil mimpi. Daaa.... merepek betol.


TAMMAT MEMALUKAN DIRI SENDIRI


PEACE YAAW!! ;p

FASHION OR PESEN??


Kaifahaluka? Hehehe... cakap Arab la pulok. Entry kali ni nak cakap pasal FASHION. Sekarang sedap je mata aku tengok fashion orang-orang yang bekerjaya. Time tengah praktikal boleh la aku relax kan mata ni. Tak kesah la uniform ke baju sendiri ke, yang penting beretika dan sopan. Almaklum la kena ikut polisi tempat kerja. Lagi pun masing-masing dah cukup mature. Credit to you guys!

Since aku part 1 kat UiTM Melaka tu macam-macam jenis orang aku nampak. Ada yang simple, berstyle, humble, hyper gedix, cool, serabut, messy, sempoi, old school... Ahhhh~~ penat la nak list. Tapi, ade something aku tak gemar bila nampak student yang....

1) Show off their track line
Aku yang gadis ni pon malu nak tengok. Minah-minah ni bangga je pakai baju akhir zaman (jarang-jarang) without any inner to cover back their body. Eyeewwh~ Then pakai 'Mama B' yang colour agak striking like magenta, hot red, fancy pink, turquoise, yellow, orange. Mak datuk... sumpah macam GRO tepi jalan. Sorry to say la. Korang nak tunjuk kat siapa? Guys? Memang rata-rata akan kecur liur tu, tapi untuk tatapan mata jela. Kalau nak jadi calon bini mithali errr.... Dialog ni akan muncul,
"Aku nak kawen dengan pompuan lemah lembut ngan solehah.."

2) Tutup atas bawah.. Tengah?
Meluat.. Meluat... Meluattt!!! Santek dah pakai tudung or shawl, long pants. Tapi blouse/t-shirt sangat 'panjang'. Tunduk sikit nampak loji kumbahan kat belakang. Tolonglah malu.  Yang lelaki pon sama. Saje je pakai pants like jeans londeh-londeh. Untuk ape? Nak tunjuk boxer baru beli kat pasar malam minggu lepas. OK fine... Kadang-kadang terfikir jugak, nak je aku jerut seluar dorang tu naik atas. Kang kalau orang pandang-pandang marah.
"Ape tengok-tengok?"
"Kau yang tunjuk. Kitorang tengok lah...!"

3) Family cempedak
Ahh..yang ranting ke... yang dahan ke... yang batang pokok ke, sama je. Bajet mengancam la konon. Nampak cutting badan. Fiiuuhh~~ Santek habis! Baju adik-adik dibelasahnye. Kalau setakat nak pakai kat dalam rumah/hostel, tak kesah la. Ni, nak pakai pergi kelas. Eyewwhh~ no wonder la kalau para-para guard tunggu depan TAsik Tun Fatimah, pasar malam and some times kat blok akademik.


4) Benjol or bonggol unta?
Since fashion shawl start menyerbu hati wanita & gadis-gadis, makin meninggi lak rambut yang diikat kat kepala tu. Bagi aku style tu annoying lah! Thank God member aku tak ade sorang pon yang macam tu. Lagipun banyak dah benda ni tersebar luas kat FB. Tapi malangnya masih lagi yang obses dengan benjol Shin Chan ni. Tengok la kat tv sekarang. Memang bagus ramai host tv wanita dah pakai tudung, (credit to them), tapi kenapa mesti 'hantuk kepala kat dinding sampai benjol before pakai hijab'?Tak percaya cuba tengok Sharifah Khashif dalam AQ 5. Intisari dah ok, tapi.... Haram tahu!



Betulkah sanggul itu yang dimaksudkan oleh Rasululullah SAW dalam hadis ni:
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang bergoyang-goyang. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikan.
(HR Muslim).



6) Baby T + hijab.. WTH?
Yang ni bukan dekat U je... Kat mane-mane pon aku dah pernak nampak. Baby T, jeans & tudung. Tahu tak itu aneh? Serupa tak payah pakai tudung kalau dari hujung jari sampai ur arm pit nampak. Macam orang tak ade tamadun. Haaahhh~ jeliknye.


Alhamdulillah setakat ni aku nampak jejaka-jejaka agak cemerlang pakaian mereka even ade yang tak gosok & basuh sebulan sekali. At least tak de la nampak weird padahal hakikatnya baunya MasyaAllah... Jangan bangga sangat, only 70% masih lagi menjelikkan mata ni dan dalam proses pemantauan. Yang gadis pon tak semua macam yang di atas, tapi hanya segelintir tu perlu lah ubah penampilan anda... Ingat, manusialah yang merubah dunia ini menjadi positif atau negatif.


Okay la malas nak cakap banyak. Pendapat just pendapat. Renung-renungkan dan selamat beramal. Wassalamah~

LELAKI KENA PAHAM BAHASA


PEMBUKA BICARA: Assalamualaikum....

Since aku study dekat SMK Soeharto, SMK Bestari KKB, MRSM Serting, Matrikulasi Melaka, dan UiTM Melaka member aku ramai yang akan luahkan isi hati diaorang pasal "HATI DAN PERASAAN". Mereka-mereka ni memang anggap aku macam 'kakak' la sebab aku paling besar dan lahir awal (April je pun). Macam aku ni doktor SHENTA la pulak. Well, aku jawab jela dengan oppinion aku yang masih boleh terima pakai. Boleh juga buat panduan untuk aku ;p

Mahmud (bukan nama sebenar)
"Hari tu Muna kata sekarang dia suke kawan ngan aku je. Yela, aku kan selalu ajak dia keluar makan sama... Hati aku berbunga beb! Tapi semalam aku nampak dia dating ngan budak laki fak sebelah. Sadis wey..."

Dude, aku bukan nak kata apa. Kau ingat perempuan ni tak de perasaan ke nak  bejimba ngan member yang lain? Kau dengan dia pon tak de inrelationship kat FB. So, dia pon tak terikat dengan mana-mana lelaki. Apa yang baik untuk kau, kalau rasa-rasa nak dia pergi la ushar dan mengorat. Hey, direct to Ampang Park sudah!

Ismat (nama timangan)
"Aku break-up ngan awek aku bulan lepas. Dua kali aku mintak couple balik. Dia baru nak balik. Siap ada condition pulak tu kalau nak continue. Aku kene jarang texting dia. Kau rasa, ape yang dia nak?"
"Kau break ngan dia pasal ape?"
"Aku marah dia sebab keluar ngan roomate dia gi Bandar Hilir tak bagi tahu aku."

Adeehhh~ klakar la mamat nih. Budak tu baru awek kau. Bukan bini kau. Short  and sharp, aku panggil kau PENGKONGKONG lah. Apa la derr... Meh la sini aku nak test jugak letak kau kat dalam cage monyet. Agak merana la kan kau jap lagi. Cuba kau fikir, masa ni la dia nak enjoy. Hang out pon dengan gadis jugak. Bukan jejanz. Esok lusa kalau korang dah kawin, dah sah-sah nak pergi mana-mana mintak izin suami.
Pasal condition tu pulak, aku rase kau macam dah kena warning. Maybe hati dia in the middle samada nak dengan kau (tolong berubah) atau kau sepatutnya berambus jelah ;p

Andrew (macam salah bangsa je)
"Qel, aku ade kenal ngan sorang minah ni. Hot kot! Hari tu dia cakap dia sayang aku. Tapi lepas dua minggu kawan, dia ada tunjuk aku video XXX dia ngan laki lain mase kat U. Aku rase macam stupid la.. Camne erk?"

Parahnya kau ni. Tak parah kalau kau berfikir guna otak. Sadis kalau kau berfikir guna hati/lutut. Benda ni ko ade dua option weither dia nak kau bimbing dia atau kau 'digunakan' erti kata lain PAK SANGGUP. Jawapan Allah swt adalah tepat. Baik kau buat solat istikharah.

Macha (ex-gf dia bagi nama)
"Tolong aku Ila... Aku sayang sangat kat dia. Aku tak tipu dia. Kenapa dia nak ade bf lain pulak? Pic aku kat fb tu classmate aku jela. Just main-main je. Bukan betul-betul." [sambil nangis time call aku tengah malam buta. Aduuuhhh~~]

Hati gadis jangan main-main. Kalau itu yang dia kata, itulah. Orang lelaki makin berkurang memang aku admit. Tapi ape yang aku pernah baca, statistik lelaki kat Malaysia masih seimbang dengan perempuan. So, jangan bangga sangat korang makin berkurang. Jangan berangan nak merasa perempuan terhegeh-hegeh. Dah orang tak nak, sudah la..... ;p

Pokja (nama ayam hutan dia)
"Apsal Maimun reply text aku pendek-pendek hah? 2-3 je dia reply. Tu pon cakap credit dia nak habis."

Dia malas nak layan kau la tu. Tak payah text dia dah. Habis credit kau je. Baik kau topupkan handphone aku.

Epol (nama dia ke? Tak ingat)
"Kau tahu...."
"Entah aku tak tahu."
"Aku nak cerite ni. Dia asik senyum je bila tengok aku dalam kelas pagi tadi. Ko tak perasan ke? Mesti dia suka kat aku kan?"

Memang aku perasan. Dia pon perasan yang seluar kau tak zip. So, kalau gadis tu senyum dengan kau untuk hari ni je. mesti dia ada reason. Jangan perasan ye dude.

Kudin (golongan bangsawan kayap)
"Caring betol dia. Aku ingat dia take care pasal aku, rupa-rupanya orang lain pon dia care... Jealous siot! Hampeh la pompuan tuh!"

Hak tui~ btol la kau ni. Allah swt dah anugerahkan kaum hawa dengan sifat penyayang dan belas kasihan. No wonder la dia buat macam tu kat ramai orang. Sape suruh kau salah sangka. Lain kali tanya la betul-betul. Lelaki kan suka tanya directly.

Sood (jiran belakang rumah dia)
"Bengang dowh... Dia asik nak carik pasal ngan aku je. Seb baek la dia pompuan. Kalau tak naler je kepale dia.Pehal ha dia tu?"

Kau yang naler... Macam lelaki jugaklah, korang banyak pesen nak ngorat gadis. Ada yang menggatal, tunjuk hero, tunjuk care, machokan diri... haiihh macam-macam lah. So, gadis-gadis pon ada. Terpulang ngan cara dorang samada lembut or kasar. Dia nak ngorat kau la tu.

Ni la antara member aku yang jantan bertanyaakan soalan-soalan aneh. Tapi aku jawab je dengan jujur alam. Ada lagi soalan-soalan yang lagi maha dahsyat. Aku rasa tak payah post kot. Agak parah untuk dipreview.


Poyo jela kan. Pertanyaan dorang macam la aku ni dah kawin. Aku ni pon ada suka kat sorang mamat ni. Entah bila nak sekata pon tak tahu lah. Sampai sekarang aku ak dapat-dapat si SINGLE tu... adeehh~~ Ok lah, nak blah...

....assalamualaikum wbt.
~TAMMAT~

HORROR DAY...cam tongkang!!


Hehehe... Semalam gile happening. Yela kan... Bos gi vacation ngan family die since ari Khamis. Sape tak mabuk ari2 ngadap account yg haru biru. So, sume dah jd gile & behavior cm budak skola rendah. Cuit sane sini. Kaco yg buat keje. Maklum laaa sume mude lagi. Our supervisor pon bru 25 years. Sape lgi klo bukan Kak Rozi. Kak Farah, Nazli, ngan Kak Nora 23 years. Aku la paling bongsu, baru 21 years (nak masok 22) hehehehe....

Pagi2 dah buat bising.. Hahahaha~ mule2 borak2. Then msok la topic makeup. We olz pon gledah beg our s/visor. Macam2 adooo... Disebabkn Nazli is the only one guy in our opis, die kene buli ngan Kak Nora. Kak Farah jd cheer leader, aku lak MAMARAZI Chartered... Kak Rozi pon kitorang blasah. Kuikuikui~ Neway we olz still control our voices even kadg2 burst jugak..

Around 9:30am aku rse amat ngantuk. Elok je QuickBook tebukak kt lappy, file2 bertempiaran, calculator dah off sendiri, aku leh peluk tubuh & pejam! Ngee~~ heaven tido. Malam before tu aku tido lambat sebab syok tweet bersama sahabat2 baru & search new songs for my Chick Nock. Hehehehe... Ok, let it be.. Then tibe2 aku dgr snap sound Chick Nock aku. Cisss~~ Kak Rozi amek hp aku snap pic aku nga tido. Neway aku tak kan upload yg tu. Mereka2 aku panggil penjenayah. Hahahah suke buli aku, JAHAT!

Ni la Kak Farah. Aku slalu panggil die KAKAK CANTIK sebab ari2 kai baju laen2.  Major baju kurung die ade beads yg sgt SANTEK! Maklum la, mak die tukang jahit, kakak die jahit manik. Yg pic atas ni simple2 je. Neway, she is from UiTM KBM. Hehehe.... Among practical student, die la paling rajin. Suke keje lebih mase (staff dedikasi). Yg laen sume wat keje ikot mood & time nak lunch awal seminit! Hahahaha... Aku lettew. Ape2 pon die ni kuat nganjing gak nih.. =_=


Yg ni Nazli a.k.a KAKA. Aku tak leh panggil die abg even die lagi tua. Kakak2 len ade gak soh aku panggil die 'abang'. Aku lagi selesa panggil die En. Nazli je. Senang cite aku-kau je. Hehehehe.... Sian tgk die buat keje tak sudah2. Makin lame makin byk lak company client yg die kene amend. Sorry la aku tak leh tulun sbb aku nye lavel masih dip (T_T).


Yg tu Kak Nora a.k.a Kakak Somel. Die ske kacau Kaka tgh buat keje. Kehkehkeh... Hari2 gadoh2 manje. Ekceli, dorg same2 dri UiTM Jengka. Scandal nih! Hahahah... tak delah. Marah Yat a.k.a awex Kaka karang. Ngee~~ takot! If tak de salah sorg, sunyi jer..


Haaaa...ni la Kak Rozi@mama tiri a.k.a our s/visor. Special thing that she has is, time keje is keje. Time lunch is happening. Eleh, tapi klo bos tak de same dengan je behave die ngn training student... Hahahah~~ She always bulliying me everyday. Ade je bnde nak point aku. Alasan? Sebab aku ske carik pasal ngn die. Hahahah... Salah aku lettew... (gurau2 time ngntok tu)


Tapi keadaan mcm ni akan berakhir 2 bulan lagi. Aku akn continue study for abeskan final year, yg laen2 cuti sem 3 bulan, s/visor akn tinggal sorg2 kat opis. Mesti akn rindu trainer cam we olz. Hehehehe... Mesti punyelah! Aku doakan sem dpn ade la student nak intern kat REZDWAN & CO. nie... Sgt best coz boleh blaja mcm2 bnde pasal AUDIT, ACCOUNTING, TAXATION, & SECRETARIAL. Aku blom ade basic buat audit ngan taxation, but aku dah blaja skit2 bnde ni. So, CREDIT TO AQILAH! Next sem tak de la aku terpinga2 mcm jenglot. Experience sgt2 credit!

CEKEDIS KITE2


Korg ingat lagi tak mase kecik2 dulu korg ske gile gi kedai, tak kire la kedai runcit ke, mini market ke, korg tak kan terlepas pandang tgk cekedis gantung2 dalam plastik. Ade gak yg susun baek punye dekat ngn counter. Ade yg mahal & yg murah. Kecur je liur tgk 'mereka-mereka' yg sgt digemari ramai. Tibe2 lak kn nak scan balik zaman lampau (ecewah... mcm dah lame bebenor je).



Abah aku dah manjakan ngn cekedis since umor 2 years kot. Ntah tak ingt. Asal tgk abah pkai baju je aku jerit "Nak itot!", klo tak cakap pon aku wajib dok dlm raga motor dlm beberape minit kemudian. Hahahaha no wonder lah.. Aku kn ank bongsu. Bende wajib yg akn aku tunjuk adalah SUPER RING!!! Bntuknye bulat2 & ade hole kt tgh2. Alaa, cam donut tu. Rase cheese die, wallaweyhh~~ nak bohong dak kecik je tu. MSG ingredient die mak datok.. Tetap aku balun. Sebab aku ske masokkn dlm jari. Haaa...paling mak tak suke klo kene kat baju. Habis oren2... hahahahaha!!!


Klo yg tu tak de, aku mintak MAMEE MONSTER lak. Sampai skang masih bertahan. Mcm iklan kt tv tu "RENYUK GONCANG MAKAN" kruch... kruch... Si Monster gemok suke gelek2. Let it be. Dlm plastic die wajib ade perencah (org putih kate). Cara nak mkn mcm trade mark die tu lah. Renyukkn palstic smpai lunyai. Pas tu taburkan perencah die. Then, goncang2. Buka, leh makan dah. hehehe... 


Tak kan la nak mkn yg 'main' je kan? Kene la ade 'desert' nye. Hehehe... Gula-gula wajib ade! I'm not sure la ade lagi ke tak sweets yg mcm tu. Bentuk mcm pill PANADOL SOLUBLE. Beso nye! Padahal rase susu. Pack die pon kertas je. Lagi satu yg ade pic udang tu. Gula-gula ni rase kacang kot. This thing kne balut ngn plastic yg boleh mkn! Amazing kn?? Mak aku ckp itu starch. Tak mati klo mkn. Hahaha... 


Ade skali tuh aku nmpak budak nih pegang kotak biru. Aku pandang die cam teringin nak jugak ape yg die pegang. Kat depan ade pic kucing biru gak. Die ingt aku nak amek la tuh cekedis die. Ade plak die bntai ketuk kpale aku ngn kotak tu. Ciot!! Mulut aku mampu bentuk kuali terbalik je. Klo nanges nnt abah tak nak bwk gi kedai lg. Tika mataku hampir melampiaskan bah utk beberape saat lagi, abah aku pujok ngn kotak biru tu yg dipanggil "DING DANG" ahahahaha.... Pakej dpt "TORA" plak! Mmg niat aku nk tunjuk 'act' kt budak tuh!! Dlm kotak tu ade biskut coklat lemau ngn mainan je. Yg toys tu jela aku nak. Coklat tu mak aku yg settlekn.


Yg ni peberet kakak2 aku. Asal dorg balik dri asrama beli MURUKU IKAN yg plasticnye ade pic baby merangkak. Tak tau lah brape dozen dorg beli. Byk gile! Mmg heaven la... Dulu murah la, sepeket tu dlm seposen kot klo tak silap. Skg bape tah rege die. Ade paket besor dah. Maju betol! Untung betol ade adik bradik ramai. Dorg slu ingt si kecil a.k.a AKU yg berada di rumah. So, dlm sebulan tuh kakak2 aku balik rumah ade la 2 minggu sekali. Tak de la aku mintak kt abah. Hehehe... Dengan kepulangan mereka2 mampu menambahkn koleksi makanan sampingan aku. Hah! Giler tamak!


Sape tak kenal biskut TEDDY? Klo tak kenal mmg tunggu 3 Jumaat jela. Hehehe gurau je. Biskut ni besh sebab kt perut every teddy ade huruf2. Tak sume huruf ade, just H, S, W, I, ahh mcm2 lah. Most important thing is sampai skg biskut tu wajib ade dalam simpanan if aku study. Skg nga practical tak beli lak. Tak de mase nak gi kedai nak beli. Mase kat UiTM Melaka slalu gak la singgah ko'op beli 2 packs. Tak silap skg harganye RM2.30 kot. Paham2 jela klo kt ko'op mmg mark up gile babeng punye. Ahh... tak kesah la, jnji sedap mkn ngn susu DUTCH LADY full cream. Nyum..Nyum... Ok, sok klo tak ujan aku nak gi carik lah. Tibe2 lak ngidam. Huuuu~~ skg ni asik ujan je. Byk bnde aku nak buat tergendala. Blm ade rezeki kate org....


Dulu, mase umor 6 tahun, aku tak nak skola kt TADIKA sebab aku dah pndai 3M (membaca, mengira, menulis). Balagak la konon. So, tujuan aku nak ikot abah gi kebun. Before gi kebun kene la beli 'bekal' utk aku. Sampai kat kedai aku nmpak kotak kaler purple. Plink~ tibe2 teringt iklan kt tv mlm sblum tu. "Abah, nak yg tu!" naseb baek abah layankan aje. Klo abah org len mesti tak dapat. Hahaha... Yela harge die RM2.10 sekotak tau. Dulu kire pling mahal la tu. Toys JOJO mmg best! Ade 3 toys. Syok maen ngn pacat kat kebun (dulu blm seram ngn pacat). Tak la semata2 JOJO je.. MAMEE ngn SNAKEKU wajib ade jugak. Huhuhu~~~


Haaa...ade jugak yg slalunye mak2 pantang nmpak bnde ni. Chewing gum or buble gum!! Klo nak beli kene sorok2. Huuuiii~~ bau die wangi2 gitu. Ala2 bau perfume Midnite Fantasy. Hohohow~~ Dulu mase kat skolah tak pelik punye klo nampak bnde tu tertempel kt bwh kerusi. Aku pon among yg buat haram jadah tu. Hahahaha.... Sonok plak. Bile terkene tau pon marah. Ngeee~ Ape yg menarik, siap ade compatition. Sape nye belon paling beso & tak letup2 dapat 20sen. Boleh beli lagi!! 


MERDEKA!!! Ok, National Day on 31st August tuh. Tau tak? Cikgu-cikgi sebok soh students beli bendera yg ade gule2 berharge 70sen. Skang dah RM2.00. Beza kan? Haa...kitorg beli satu je, cikgu yg beli byk2. Aku suke menyebok time decorate class. Nanti leh blasah sume gule2 kenit tuh. Hahaha... Manis2 je, bukan sedap pon. Best bile dapat je. 1st September dah melayang mane2 tah flag tuh. Hehehehe... Ape2 pon BELIA SAYANG MALAYSIA!! 


Mase kecik aku dah reti beniaga. Ecewaahh~ Time balik skola agama (petang) mesti aku singgah rumah makcik depan skolah utk beli eskrem Malaysia. Sambil tunggu mak or abah yg akan angkut aku bwk balik rumah. Mak kate "Eleh, mak pon reti buat. Lagi sedap." Memang pon! Otak aku pon ligat pikir nak jual kt skolah. Mak tak lokek, eskrem yg mak buat ade isi cam asam masin, nenas, kacang merah, cendol, jelly. Member2 akan order kt skolah kebangsaan, then aku list la perisa yg byk2 tu. Time petang kat skolah agama baru aku jual. Hahahah Sape tak order pagi, tapi nak mmg tak layan. Penah sekali aku bwk smpai 70 batang. Dorang sume dah tunggu kt gate masjid. At that time barang still murah. Untung pon dapat even aku jual 10sen je sebatang. Panjang plak tu.... Hahahaha... 


Ok last, musim HELLO KITTY nye eskrem kejap je. Tak dpt sambutan kot. Ntah tak ingat. Tapi aku penah beli skali je mase darjah 5. Mahal kot! RM2.30 tuh amek mase 2 weeks gak nak collect. Duit belanje skolah aku simpan sikit. Maklum laa... duit blnje 50sen je. Sehari RM1. Eskrem die bese je rase strawberry. Ape yg buat aku teruja tu bila bukak mangkuk atas, kat dlm cup tu ade toys cartoon kucing gemok tu. Tak de la special sgt, stakat nak 'ade-ade' je. Hahahaha...budak2 mmg kuat kene pengaruh. 


(atas : eskrem strawberry die)
(kanan: ni la toy yg aku gile tu. leh letak kt bontot pensel ngn pen ;p)


Hahahah... banyak lagi sebenarnye. Malas btol nak add. Ni pon dah cukup merapu dah. Ok la ni kan... Zaman ni dah habis. Budak2 skang 'makanan ruji' dorg mahal2 smpai belas2 ringgit. Puluh pon ade. Neway, enjoy ngan life dulu, kini dan selamanya... (poyo siot!)

MEET NEW FRENZZ


Alamak.. lambat lak nak masokkn entry yg ni. This week unwell so, tak mampu nak story mory. Sakit otak! Hehehe... Got fever jelah. Not really serious almost. A few days ago aku buat perangai sampai my sis bengang. Opss~ sorry la lupe nak bgtau I wanna overnite wif my buddy a.k.a ex-roomate mase kat matrix dlu. Tanggal 3rd March 2011 she already know dat aku nak hangout ngan member. But lupe lak noticed her bout my planning nak overnite tu. Ok, forget bout it.

Hahaha.... Semangat betol nak gi UKM. Dah lme tak jumpe Wa a.k.a NAZWA ULFA. Sampai2 je terus bli nasi utk lunch. Sumpah lapar giler. Kat rumah ngade2 tak nak breakfast. Mase tgh lunch
"Kite nak gi mane La?"
"Ntah, aku pon tak tau. Nak hangout mane ni?"
Sangat bagus bile main soal-soal. Mmg takde jawapan coz bukan soal-jawab. Teeeett~~ hampeh. At last dpt jugak jwpn nk gi mane. MINES... ok Wa mmg ske "bersiar-siar" kat sane. Ade momok katenye. Tak de lah, gurau je. Aku pon mmg cadang nak ushar 'telefon bimbit mudah alih'. Hahahaha skema bongok je bunyiknye. The most interesting here is aku dpt member baru, Wan, Bad, Salam, Kak Hanim (gf Bad). Actually dorg sume member2 Wa. So, tak pe la kan klu aku nyebok2. Borak2 ngan dorg mcm la dah kenal lame. Aku ni dah la pantang tgk org happening, jd gile la kejap. Then tgk wayang citer 'Number 4'. Bad yg beli tiket awal2. Die kate citer Indon pasal org yg jadi bini no.4... Yela sume pon bengong caye petak2. Mane tak nye, kat tiket tulis tu je. Rupe2nye cite 'I am Number 4' cisss~~ Sumpah bez citer tu.

Afta dat we all gi makan char kuey teow kt Taman Melati. Ntah aku pon tak specific sgt tau tempat tuh. Org dah ajak aku pon balun jelah. Tmpt tu cam warung deret2 tepi jalan. Org memang sesak. Nak beli order pon kene que panjang. Jammed lak otak aku tgk org sgt banyak. Dapat table, tp nye org dkt ngn meja pen'SHISHA' terunggul. Agak terliur gak mase tgk. Mcm teringin. Bau die, perrgghh... mcm panggil2 aku lak. Tp kt tv3 dah ckp bahaya die 40 time then org isap rokok. Tahan jela... Tgk pompuan tgh layan cam tak senonoh lak. Aku dah la kai tudung. Kang huduhkan imej 'ustazah' aku nih.

Abes makan aku ingt terus balik. Tibe2 lak Wan leh tanye,
"Nak gi mane lak ni?"
Aku rase aneh. Jam dah tunjuk kol 12:15. Yela, aku tak penah nak ngokngak tgh mlm2 bute mcm tu. Salam suggest BB. Oraitz.. no hal lah. Kaki aku mmg utk 'siar-siar' lame2 smpai lebam. Bile lagi nak buat cmni? Hahaha rite now lah. Dari Sungei Wang pusing BB, stop kt dpn Pavy and pulang ke kerentera. Mcm nothing je kn. Better blah. Pastu nak gi mane?

Downtown lak kami tuju. Hahahaha jgn tnye aku kt mne. Aku pon tak sure. Time tu byk stall dah tutup lak. Wa nak carik MC (marshmallow choc). Guys lak nk tgk pet. Aku? follow jelaa.... During dat time ade little girl ni sgt cute tunjuk cage ketam kt aku. Then aku soh die kire turtle lak. One, two, three....ten. Ok fine speaking lak budak nih. Sampai ten je die tau. The rest die kire gune ABC lak. Tonggang tebalik die sebut. Ape yg aku tak leh lupe bile die sebut ceben (seven). Sgt cute!

Owwwhh~~ penatnye... Aku dah mimpi bantal lak time tu. Sampai UKM dlm kol 3:30am. Seb bek pak guard baek. Masok pon tak de probs. Sgt letih, Wa lak sakit perut sbb masok angin. A few minutes later aku lak jangkit virus ngn die. Huh! mmg tak tdo, aku dah kene CB/berry2 a.k.a cirit birit (DAMN!!).

Dlm tghari ktorg baru gerak gi Mines balik. Hahaha mmg we all suke 'bersiar-siar' kat Mines (hampeh sungguh!). Finally dpt gak aku beli handphone NOKIA C6 yg dari last sem aku nak. Hehehehe Alhamdulillah...

additional: thanx to Nazwa Ulfa coz even ko pnat pon, sanggup temankn aku..hehehe
p/s: uppss~ pic tak de coz seriously lupe, juz simpan dlm otak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...